YABhg. Datin Seri Diraja Hamidah Khamis

Isteri YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
(Penaung Anugerah Telenovela 2015)

YABhg. Datin Seri Diraja Hamidah Khamis

Isteri YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
(Penaung Anugerah Telenovela 2015)

Perutusan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam !Malaysia,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kakitangan Yayasan Pembangunan Buku Negara kerana berjaya merealisasikan serta menganjurkan Anugerah Telenovel 2015 buat julung kalinya.

Yayasan Pembangunan Buku Negara sepertimana kita ketahui ianya ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, saya amat mengalu-alukan usaha Yayasan Pembangunan Buku Negara menganjurkan Anugerah Telenovela 2015. Program julung kali diadakan ini diharap dapat membantu menggalakan masyarakat umum menulis dan bergiat dalam bidang pengembangan ilmu dan karya kreatif.

Menerusi Anugerah Telenovela 2015, para penulis dan penerbit novel boleh mengkomersialkan harta intelek mereka dalam format TV, iaitu drama televisyen dan ditayangkan ke seluruh dunia. Secara tidak langsung, program ini akan merancakkan lagi daya saing dan pertumbuhan ekonomi dari sektor pembangunan industri buku dalam industri kreatif.

Idea kreatif haruslah terus dipupuk di kalangan generasi muda masa kini. Kita harus mengembangkan industri kreatif tanah air ke satu aras yang lebih tinggi dan sekaligus dapat mengangkat penulis serta karyawan kita ke peringkat global. Novel yang diadaptasi kepada telemovie dan drama bersiri mampu memperkayakan kandungan tempatan serta memelihara seni warisan di samping mengembangkan dunia kreatif.

Kemajuan fizikal yang kita alami haruslah seimbang dengan kemajuan ilmiah dan minda yang kreatif. Oleh itu, Telenovela bukan sahaja dapat menghargai jasa para karyawan, penerbit, artis-artis tetapi turut menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara, pengembangan ilmu dan budaya melalui kreatif minda rakyat Malaysia tercinta.

Saya berharap para karyawan industri buku dan industri kreatif menyokong usaha Yayasan Pembangunan Buku Negara dalam menjalinkan kerjasama antara penggiat industry buku dan industri kreatif tempatan, rantau ASEAN dan juga antarabangsa. Program sebegini juga dapat meningkatkan martabat peradaban telenovela negara-negara rantau ASEAN. Justeru, kita yakin usaha ini dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat serta mengamalkan budaya membaca sepanjang hayat.

Akhir sekali saya menyeru kepada semua pihak untuk turut sama menyokong hasrat murni Yayasan Pembangunan Buku Negara dalam usaha ‘mentransformas/ industri buku dan industri kreatif Negara, semoga segala usaha tidak berakhir disini sahaja.

Sekian,

Wabillah hitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Datin Seri Diraja Hamidah Khamis