YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Perutusan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya menyokong penuh Yayasan Pembangunan Buku Negara dalam menganjurkan Ekspo Buku Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara setiap tahun. Program ini bukan sahaja dapat mengangkat martabat industri buku negara ke peringkat global, malah menghargai jasa para karyawan dan penerbit yang benar-benar profesional dalam usaha menghasilkan buku yang bermutu tinggi.

Usaha membudayakan amalan membaca tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan sahaja. Kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia merupakan satu langkah bijak dalam usaha transformasi industri penerbitan negara. Justeru, penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama pelbagai agensi kerajaan dialu-alukan. Sumbangan sektor korporat dan penerbitan swasta harus digembeling selari dengan usaha kerajaan memajukan masyarakat Malaysia maju.

Bangsa yang maju dan bertamadun tinggi sentiasa memberi penghargaan kepada para pemikir dan karyawan. Karya-karya agong dihasilkan oleh pengarang terdahulu tetap kekal relevan. Walaupun karya dan buku tersebut diterbitkan beratus tahun yang lalu tetapi masih menjadi topik kajian oleh sarjana hingga ke hari ini. Saya berharap penganjuran Ekspo Buku Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara 2015, ini dapat dijadikan landasan untuk mengangkat martabat industry buku ke persada global. Saya menggesa semua pihak menyokong usaha murni ini.

Sekian, selamat menulis dan selamat menerbitkan buku.

 

YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid