Profil

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Latar Belakang

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berperanan memajukan industri buku dan membina
masyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book).

Program Induk Tahunan Ypbn

TANGGUNGJAWAB UTAMA YPBN:

  1. Menganjurkan Program Induk Tahunan
  2. Menggerakkan Akademi Buku Malaysia
  3. Membangunkan Book Village (Kampung Buku Sedunia):
    BookVillage@Rungkup Malaysia.

  4. Membangunkan Borneo Book Village
  5. Membangunkan YPBN BookTV.
  6. Menerbitkan buku dan ensiklopedia.
  7. International Telenovela Award
  8. International Creative Industry Festival
  9. Global Content Exchange

Anggaran perbelanjaan YPBN untuk menjalankan aktiviti dan program yang dirancang adalah seperti berikut:

Bil  Program  Perbelanjaan (RM)
    Tahun
2016–2017
Tahun
2018–2020
1 Akademi Buku Malaysia 2.5 juta 7.5 juta
2 Ekspo Buku Malaysia 1.5 juta 4.5 juta
3 Anugerah Buku Negara 500 ribu 1.5 juta
4 Anugerah Telenovela 1 juta 3 juta
5 Persidangan Buku Antarabangsa 300 ribu 900 ribu
6 Forum Buku Perdana 200 ribu 600 ribu
7 Anugerah Buku ASEAN 1 juta 3 juta
8 Pembangunan Book Village@
Rungkup Malaysia
3 juta 9 juta
9 Pembangunan YPBNBook TV 1.5 juta 4.5 juta
10 Penerbitan Buku dan Ensiklopedia 1.5 juta 4.5 juta
11 Pembangunan Borneo Book Village 8 juta 17 juta
Jumlah (RM) 21 juta 53 juta

Anugerah Buku Negara 2005-2015 berjaya melepasi pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha memberi pengiktirafan kepada industri buku negara. Walaupun idea untuk mengasaskan Anugerah Buku Negara bermula sejak tahun 1990 lagi tetapi mendapat pelbagai rintangan dan tentangan dari pihak pemain industri sendiri yang lebih bersikap protektif kepada persatuan masing-masing sehingga mengasingkan semangat profesionalisme atas sebab menjaga kepentingan masing-masing.

Ekspo Buku Malaysia pula memberi peluang kepada ramai penerbit yang baru berjinak dalam industri perbukuan. Sementara itu, Persidangan Buku Antarabangsa setiap tahun menjadi forum untuk membicangkan cabaran dan masa hadapan industri buku negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjadi rakan strategik YPBN dalam melaksanakan tanggungjawab sosial industri buku agar terus berkembang pesat. Peluang yang seluas-luasnya harus diberi kepda generasi baru supaya terus mengarang buku untuk warisan seterusnya. YPBN mempelopori penerbitan Encyclopedia of Hansard dan Ensiklopedia Malaysiana terpanggil untuk bersama-sama dengan persatuan dan agensi kerajaan memupuk minat membaca dan menulis buku sejajar dengan semangat transformasi nasional.

Yayasan Pembangunan Buku Negara mensasarkan setiap tahun harus diwujudkan 100 penerbit baru. Tahun 2016 hingga 2020, negara ini perlu ada sekurang-kurangnya 2,000 penerbit baru dengan setiap satu menerbitkan secara purata 10 judul buku baru setiap tahun. Mungkin ramai yang bertanya lambakan judul-judul buku baru ini, siapakah pembelinya? Di manakah sasaran pemasarannya?

Kita harus berfikiran terbuka dan dinamik. Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Satu daripada prasyarat negara maju ialah setiap sejuta penduduk haruslah menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 judul buku baru setiap tahun. Menjelang 2020, penduduk Malaysia akan mencecah 30 juta orang, maka nisbahnya adalah 30,000 judul baru mestilah diterbitkan setiap tahun. Malaysia hari ni hanya mampu menghasilkan sekitar 18,000 judul buku baru sahaja setahun. Itupun termasuk buku yang diulang cetak tetapi dipohon ISBN yang baru atas sebab komersial.

Contohmya, terdapat buku-buku agama seperti Surah Yassin dan surahsurah lain yang dicetak berulang kali oleh penerbit yang berbeza. Begitu juga dengan buku kanak-kanak yang memperkatakan perkara yang sama tetapi dalam pendekatan yang berbeza diterbitkan oleh penerbit dengan nombor rujukan ISBN yang baru. Buku-buku ini dibuah serahan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Jika disaring semula, buku yang benar-benar memenuhi prasyarat UNESCO yang diterbitkan secara purata di Malaysia tidak lebih 15,000 judul dalam setahun. Statistik ini melambangkan kemampuan penerbitan tempatan hanya berlegar 50% sahaja. Adakah menjelang 2020 ketika mana Malaysia akan diisytiharkan sebagai sebuah negara maju, nisbah penerbitan buku baru masih ditakuk lama.

 

Penerbitan Bahan di Bawah Akta 331

ISBN History

In 1965, W. H. Smith (the largest single book retailer in Great Britain) announced its plans to move to a computerized warehouse in 1967 and wanted a standard numbering system for books it carried. They hired consultants to work on behalf of their interest, the British Publishers Association’s Distribution and Methods Committee and other experts in the U.K. book trade. They devised the Standard Book Numbering (SBN) system in 1966 and it was implemented in 1967.

At the same time, the International Organization for Standardization (ISO) Technical Committee on Documentation (TC 46) set up a working party to investigate the possibility of adapting the British SBN for international use. A meeting was held in London in 1968 with representatives from Denmark, France, Germany, Eire, the Netherlands, Norway, the United Kingdom, the United States of America, and an observer from UNESCO. Other countries contributed written suggestions and expressions of interest. A report of the meeting was circulated to all ISO member countries. Comments on this report and subsequent proposals were considered at meetings of the working party held in Berlin and Stockholm in 1969. As a result of the thinking at all of these meetings, the International Standard Book Number (ISBN) was approved as an ISO standard in 1970, and became ISO 2108.

That original standard has been revised as book and book-like content appeared in new forms of media, but the basic structure of the ISBN as defined in that standard has not changed and is in use today in more than 150 countries. Today the ISBN Agencies around the world are administered by the International ISBN Agency, located in London, UK

Kempen Jom Tulis Buku

Kempen JOM TULIS BUKU – Sendiri Karang, Sendiri Terbit, Sendiri Jual terutama e-book atas talian harus diperhebatkan. Jom Tulis Buku adalah satu kempen mengajak para sarjana, para pensyarah dan guru-guru supaya mengarang buku dengan banyaknya.

OBJEKTIF

  • Mengendalikan Akademi Buku Malaysia dalam usaha membangunkan modal insan di kalangan karyawan dalam bidang industri buku seperti penerbit, pengedar, penulis, editor, pelukis dan pereka bentuk.
  • Menganjurkan Anugerah Buku Negara untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penggiat industri buku.
  • Menganjurkan Ekspo Buku sebagai program pendidikan untuk membudayakan masyarakat Malaysia supaya suka membaca dan menyintai ilmu.
  • Menganjurkan International Book Conference sebagai tempat pertemuan para penggiat industri buku.
  • Menganjurkan kempen menulis dan membaca untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutama golongan belia supaya lebih banyak menghasilkan karya-karya baru dan lebih berminat membaca buku.
  • Mempromosikan buku dan e-buku sambil membangunkan masyarakat Malaysia berpengetahuan melalui agenda budaya membaca dan perkongsian ilmu serta kepintaran menerusi acara-acara karnival dan anugerah.

Program-Program Yayasan Pembangunan Buku Negara

  1. Akademi Buku Malaysia
  2. YPBN BOOK TV
  3. Anugerah Buku Negara
  4. Anugerah Telenovela
  5. Ekspo Buku Malaysia
  6. International Book Conference
  7. Kempen Tulis Buku Malaysia
  8. Kempen Jom Baca Malaysia
  9. E-Book
  10. Wakaf Buku
  11. Kelab Penulis Muda
  12. Borneo Book Village

ms_MYBahasa Melayu