Akademi Buku Malaysia

Yayasan Pembangunan Buku Negara

PENGENALAN

Pembentukan Akademi Buku Malaysia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 29 Februari 2008.

Akademi ini berperanan sebagai pembekal maklumat pintar kepada pengguna tempatan dan antarabangsa. Dengan penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan Malaysia pusat pengeluaran buku dan bahan multimedia yang unggul.

Selain itu, akademi ini juga akan menganjurkan pelbagai program latihan secara intensif. Dari itu akan dapat dilahirkan pengarang dan penerbit yang berwibawa bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti tinggi.

FALSAFAH

Masyarakat Berilmu Negara Maju

OBJEKTIF

Mendedahkan penulis dengan kaedah dan teknik ­penulisan yang berkesan dan melahirkan karyawan yang ideal dan terserlah dalam industri perbukuan negara.

Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan profesional dalam industri penerbitan buku negara.
Membangunkan modal insan yang cemerlang melalui industri buku yang maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Meningkatkan keupayaan negara dalam produktiviti penerbitan buku sesuai dengan negara maju menjelang tahun 2020.

AKADEMI BUKU @ RUNGKUP

AKADEMI BAGAN DATOK, PERAK

ms_MYBahasa Melayu