Selamat Datang

Yayasan Pembangunan Buku Negara
18
Sep

Anugerah Buku Negara

Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan dianjurkan di Malaysia dan yang paling banyak adalah dari industri muzik dan hiburan. Amat kurang atau jarang sekali anugerah diberikan kepada warga penggerak industri perbukuan negara.
Yayasan Pembangunan Buku Negara, YPBN,

“penulis patutlah diberikan galakan seperti hadiah-hadiah penulisan. Dalam konteks ini galakan patut diberikan kepada kumpulan (Persatuan Penulis, Persatuan Penterjemah, Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah Dan Universiti) untuk menganjurkan hadiah-hadiah penulisan pelbagai rupa. Disamping itu, Majlis Buku Kebangsaan sendiri patut melengkapi hadiah-hadiah yang telah sedia ada.”Perkara 2 (C), Tenaga Penulis Tempatan, Dasar Buku Negara.

Berpadanan dengan petikan 2(C), Tenaga Penulis Tempatan, dalam Dasar Buku Negara sudah tiba masanya satu majlis penganugerahan wajar dianjurkan bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan warga kerja di sebalik tabir industry perbukuan Malaysia.
Yayasan Pembangunan Buku Negara, YPBN,
Setidak-tidaknya motivasi serta moral mereka juga meningkat bagi menghasilkan penerbitan dan buku yang berkualiti standing dengan buku import yang memenuhi pasaran dan perpustakaan tempatan.
Objektif Anugerah Buku Negara
1 Mengiktiraf serta menghargai warga kerja di sebalik tabir aktiviti penerbitan buku.
2 Memberi suntikan semangat kepada pemain industry sebagai galakan untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti dan tidak tertumpu kepada buku-buku komersil.
3 Menjadi platform kepada masyarakat umumnya mengenai penulis, pelukis, pereka grafik, jurufoto dan ramai lagi yang bekerja serta menimbulkan minat memilih kerjaya dalam industri penerbitan buku.

Leave a Reply

ms_MYBahasa Melayu