Selamat Datang

Yayasan Pembangunan Buku Negara
12
Okt

Mesyuarat YPBN Bersama Perbadanan Kota Buku Malaysia

Pada 12 Oktober 2016, Puan Maznah Awang dan Puan Rushanim Rushdi selaku Seketariat di Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) telah menghadiri mesyuarat di Perbadanan Kota Buku Malaysia. Mesyuarat diadakan bagi tujuan menyelaras segala persiapan Ekspo Buku Malaysia yang bakal berlangsung pada 14 hingga 18 Disember 2016 di PWTC.
Maznah Awang, Rushanim Rushdi,
Perbadanan Kota Buku merupakan ‘One Stop Centre’yang menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit untuk pelbagai aktiviti pemerkasaan buku. Ia diilhamkan sejajar dengan hasrat Dasar Buku Negara (DBN) yang menyarankan agar ditubuhkan sebuah pusat buku di Malaysia.
YPBN senantiasa memberikan sokongan dan kerjasama sebaiknya bersama Perbadanan Kota Buku Malaysia agar pembangunan buku di Malaysia dapat terus diperkasa dengan jayanya. 

Leave a Reply

ms_MYBahasa Melayu