PENGHASILAN KARYA ILMIAH: ANTARA TUNTUTAN KERJAYA DAN TANGGUNGJAWAB AKADEMIK?
Karyawan Arab ada menyebut maksudnya: “Tidak aku baca apa yang aku tulis semalam kecuali aku akan persoalkan; kenapa aku tulis ini dan tidak itu, mengapa aku susun sebegini dan tidak sebegitu …”. Kenyataan ini antara lain menunjukkan bahawa manusia biasanya tidak akan berpuas hati dengan apa yang pernah dihasilkannya. Manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Pandangan dan penilaian untuk kedua kalinya, sama ada oleh penulis sendiri mahupun oleh pembaca lain, biasanya akan menampakkan aspek-aspek kekurangan dalam penulisan tersebut yang seterusnya boleh dijadikan panduan untuk mengemaskinikan hasil karya tersebut. Sikap sebegini dilihat sebagai antara faktor kenapa karyawan-karyawan ulung di zaman kegemilangan Islam berjaya menghasilkan karya-karya agung yang tidak ditelan zaman[1].
[1] Sebagai contoh Imam Malik, pangasas mazhab Maliki dalam bidang feqah, setelah selesai menghasilkan karya agungnya al-Muwatta’ meminta sebilangan tokoh-tokoh ulama feqah zamannya untuk menyemak karya tersebut.
Demikianlah tradisi yang ada dan didokong oleh para ilmuwan Islam zaman berzaman. Tradisi ini masih diusahakan keberterusannya oleh segelintir ilmuwan semasa, kalaupun bukan semuanya, yang sedar akan tanggungjawab memperjuang dan menghidupkan ilmu dan kefahaman yang tepat dan benar serta menyebarkannya dengan hasil pena mereka. Karya-karya ilmuwan sebegini biasanya tidak jemu ditelaah oleh pembacanya, bahkan mereka senantiasa menanti-nantikan kemunculan penerbitan karya terkini ilmuwan-ilmuwan tersebut. Siapa yang tidak mengetahui misalnya reputasi keilmuwan dan karya-karya Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Wan Mohd Nor Wan Daud dari tokoh-tokoh di Malaysia, atau tokoh seperti Yusuf al-Qaradawi, Seyyed Hossein Nasr dan Muhammad `Imarah dari luar Malaysia. Masing-masing mereka ini ada peminat dan pendokong tersendiri.
Berbalik kepada topik perbincangan di sini, mungkin boleh dilontarkan kembali apa sebenarnya dorongan dan tradisi berkarya yang ada dalam dunia ilmu dan keilmuwan kini? Para ilmuwan kini, yang mana penulisan dan penghasilan karya bermutu dan bermisi—yang sememangnya dan sepatutnya menjadi tanggungjawab bahkan kewajiban mereka—apakah mereka masih berfahaman dan mendokong tradisi pengkaryaan di atas, sekurang-kurangnya bagi mereka yang dalam bidang Pengajian Islam? Atau apakah mereka kini sudah mula kabur dengan tradisi ini ekoran pelbagai perkembangan polisi dan kekeliruan hala tuju yang banyak mengubah persepsi para pengkarya kini? Apakah polisi “Publish or Perish”[1] atau tuntutan
[1] Hetzel dalam komennya tentang ungkapan ‘Publish or Perish’ menyebut: “Although no one seems to recall who coined the phrase Publish or Perish to describe the assertion that a university or even college teacher will not be promoted within the system of American higher education unless he conducts original research and proves his capabilities by publishing, the words have provided scholars and their publishers with an unparalleled opportunity to defend the fauth”, Hetzel. F.A. (1973), Publish or Perish, and the competent manuscript. Scholarly publishing, (2), 101-102 sebagaimana yang dinukilkan dalam Internet Public Library: FARQs. Htm (4/28/2004).
Dalam tradisi Islam, aktiviti penulisan, pendokumentasian dan pengkaryaan bermula seawal kedatangan Islam. Latar belakang kebudayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang terkenal dengan tradisi pengkaryaan dan penulisan syair dilihat sebagai antara hikmat kenapa al-Qur’an diturunkan dalam ungkapan dan bahasa yang tinggi dan unik mengalahkan koleksi-koleksi syair di zaman Jahiliyyah[1]. Walaupun secara
umumnya tradisi awal Islam lebih menekankan tradisi hafazal di mana al-Qur’an dan Hadith dinukilkan secara lisan berasaskan hafazan, namun perkembangan selanjutnya menuntut catatan bertulis diusahakan[1]. Pengamatan terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang pertama diturunkan yang memperkatakan tentang ‘baca’ dan tentang ‘pengajaran melalui pena’[2], seterusnya jika dikaji tentang bagaimana arahan pencatatan dan penulisan al-Qur’an
oleh Rasulullah s.a.w.[1]serta tradisi pendokumentasian hadith-hadith Nabi oleh para Sahabat r.a.[2], semua ini menampakkan peri pentingnya penulisan dan pengkaryaan dalam ilmu dan ia secara langsung menyokong kenyataan bahawa penulisan, pendokumentasian dan pengkaryaan adalah tanggungjawab yang tidak patut diabaikan dalam menjamin keberterusan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Hal ini juga terbukti dari fakta
Kesemua paparan penjelasan, fakta dan bukti yang dikemukakan di atas sememang dan sepatutnya cukup untuk memandu persepsi para pensyarah dan ilmuwan Islam kini ke arah memahami dan menampilkan aspek positif dalam tradisi penulisan ilmiah sebagai tanggungjawab dan cabaran ilmiah[1], bukannya sebagai ugutan dan tuntutan perjawatan semata-mata.
Penerbit dan pengkarya mempunyai hubungan yang unik. Penerbit yang berorientasi komersial semata-mata tidak mungkin berada pada landasan yang sama dengan ilmuwan pengkarya yang berwawasan jelas dalam karyanya. Begitu juga pengkarya yang menyediakan hasil pena hanya untuk matlamat pemasaran penerbit tidak akan mampu memenuhi misi asalnya dalam berkarya, iaitu untuk mendokong penghayatan dan perkembangan ilmu pengetahuan[1]. Oleh yang demikian, amat beruntung kiranya dapat diwujudkan penerbit yang tahu menilai ilmu atau ilmuwan yang mampu mengawalselia dan menerbitkan sendiri penerbitan yang bermutu. Ini akan mengurangkan dilemma pengkarya yang ikhlas dan serius serta mampu memperbetulkan sikap penerbit yang sepatutnya berperanan dalam penyebaran ilmu. Berdasarkan hakikat ini, penerbit-penerbit universiti tempatan atau badan-badan penerbit rasmi yang bertanggungjawab membangun dan membina pemikiran tinggi masyarakat yang sepatutnyamemiliki kriteria ini patut berusaha memperkukuhkan reputasi mereka sebagai penerbit jenis ini dan berusaha dalam masa yang sama menarik dan meyakinkan pengkarya-pengkarya yang baik dan serius untuk turut bersama mereka. Para penerbit kelompok ini perlu berbeza dengan penerbit lain kerana pelaburan penerbit sebegini perlu memfokuskan kepada PELABURAN ILMU demi pulangan pembangunan intelektual bangsa, dan bukannya PELABURAN WANG demi pulangan wang semata-mata. Fenomena di mana para akademia tempatan tidak lagi begitu berselera menerbitkan hasil karya mereka di penerbit-penerbit universiti tempatan