18
Jan
BORANG PENYERTAAN BAHAN BACAAN UNTUK PENILAIAN ANUGERAH BUKU NEGARA 2017 (Kategori Anugerah Pengajian Tinggi)
BORANG PENYERTAAN BAHAN BACAAN UNTUK PENILAIAN ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
(Kategori Anugerah Pengajian Tinggi)
(Kategori Anugerah Pengajian Tinggi)
Syarat-Syarat Penyertaan
- Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia dan warganegara lain.
- Permohonan terbuka kepada semua individu yang ada kaitannya dengan industri buku di dalam dan di luar negara.
- Calon hendaklah dalam kalangan ahli MAPIM atau IPT Swasta atau Institusi Penyelidikan Malaysia yang sedang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripadanya di institusi itu pada tahun dinilai.
- Pencalonan hendaklah diperakukan oleh institusi berkenaan yang buku itu adalah yang diiktiraf terbaik pada tahun yang dinilai.
- Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Setiap pencalonan hendaklah ditandatangan oleh Pengarah Penerbit/Ketua Penerbit, dan Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah atau wakilnya.
- Setiap penerbit/institusi layak mengemukakan satu pencalonan bagi setiap kategori anugerah. Karya hendaklah yang terbaik dan telah menjalani proses penilaian, saringan kualiti peringkat dalam sesebuah penerbit/institusi.
- Setiap buku yang dicalonkan mestilah diterbitkan dalam tahun 2016 sehingga Mac 2017 (belum dihantar untuk penilaian sebelum ini).Bagi buku yang pengarangnya lebih daripada seorang, sekiranya buku tersebut menang, hanya pengarang pertama sahaja menerima hadiah.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2017. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
URUSETIA
ANUGERAH BUKU NEGARA 2016
YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA
TINGKAT 4, MENARA SAFUAN
80 JALAN AMPANG
50450 KUALA LUMPUR.
TEL: 603-2687 9200
FAKS: 603-2078 6101
Email: secretariat.ypbn@gmail.com
- Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel ABN berhak untuk menarik balik anugerah.
- Ahli Jawatankuasa Panel Penilai tidak boleh menjadi calon ABN bagi semua kategori ABN pada tahun yang dinilai.
- Keputusan Panel ABN adalah muktamad.
May I know how do I enter the National Book award 2020? My book “Winged Beauties: Birds of Sarawak” has just been launch in Oct 2019 and I would like to participate in the competition. Thank you.