Dr. Roslan Basaruddin

Ketua Pegawai Operasi (COO) Yayasan Pembangunan Buku Negara
Dr Roslan Basaruddin

Dr. Roslan Basaruddin

Ketua Pegawai Operasi (COO) Yayasan Pembangunan Buku Negara
facebook-icon
+60192091663
yayasankeusahawanan@gmail.com

Perutusan

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Pertama-tamanya, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT atas setiap nikmat dan kurniaan-Nya kepada diri dan keluarga saya serta kita semua. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, penutup segala Nabi dan pemimpin agung manusia sepanjang zaman.

Kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Penganjur Anugerah Buku Negara 2020, syabas saya ucapkan atas kejayaan demi kejayaan dalam penganjuran majlis Anugerah ini yang sudah masuk kali ke-15.  Tidak dilupakan penghargaan yang sama buat YBhg Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latif bin Abu Bakar, selaku Pengerusi Panel Penilai dan ahli-ahlinya yang sudah pasti begitu teliti untuk menentukan para pemenang dalam setiap kategori.

Saya dan Ahli Jawatankuasa amat mengalu-alukan pengiktirafan sebegini kerana dapat memberikan dorongan kepada para penyelidik, penulis, editor dan penerbit untuk menghasilkan produk berwibawa secara konsisten. Bagi pemilihan Anugerah Buku 2020, saya difahamkan sebanyak lebih daripada 2,000 judul buku telah dinilai dalam tujuh(7) kategori, iaitu Kategori Buku Pengajian Tinggi, Kategori Buku Umum, Kategori Buku Mewah, Kategori Buku Pendidikan, Kategori Buku Remaja & Kanak-Kanak dan Kategori Buku Fiksyen. Jumlah anugerah kesemuanya melibatkan 56 buah tropi.

Jika kita melihat tokoh-tokoh ilmuan masa silam sehingga kini, kesarjanaan mereka begitu terserlah kerana mempunyai buku-buku yang mengenengahkan pemikiran dan hasil penyelidikan cemerlang dalam bidang masing-masing. Sebut sahaja tokoh ilmuan terkemuka dunia pastinya ada penulisan mereka yang diterbitkan sehingga dijadikan rujukan oleh para sarjana lain. Sesungguhnya, amalan sedemikian dapat dijadikan kayu pengukur kesarjanaan dalam kalangan ahli akademik secara lebih adil.

Justeru, saya percaya sudah tiba masanya penulisan dan penerbitan buku diberi nilai kesetaraan dengan penyeliaan tesis sarjana dan kedoktoran di Universiti Awam. Pendekatan proaktif sebegini dapat membuka seluas-luas peluang kepada ahli akademik untuk meningkatkan kerjaya dan kesarjanaan secara kendiri. Mereka tidak lagi perlu tertunggu-tunggu calon-calon untuk diseliakan atau bergantung semata-mata pada jumlah calon yang sudah selesai diseliakan tesis sarjana dan kedoktoron untuk dinilai kenaikan pangkat. Universiti Awam boleh mengadakan polisi-polisi yang sesuai dalam penentuan nilai kesetaraan agar kesarjanaan ahli akademik tidak terbatas pada penulisan jurnal dan penyeliaan tesis.

Penerbitan buku dalam skala besar pastinya dapat memasarkan reputasi institusi dan  kesarjanaan ahli akademiknya. Di samping itu juga, penulisan dan penerbitan buku dapat menjana kewangan kepada Universiti Awam dan mereka yang terlibat. Aktiviti penerbitan perlu juga disertakan dengan strategi pemasaran agar ilmu yang dikembangkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai. Gedung ilmu itu tidak hanya bermaksud ilmu yang berada di menara gading tetapi ilmu yang boleh diakses oleh siapa sahaja yang berminat.

Bersempena dengan UNESCO – KUALA LUMPUR WORLD BOOK CAPITAL (KLWBC) 2020 yang kita menjadi tuan rumah mulai 23 April 2020 hingga 22 April 2021. Memberi peluang kepada kita untuk memperbanyakkan lagi penerbitan buku di negara ini. Kita sedia maklum UNESCO menetapkan setiap 1 Juta penduduk sesebuah negara maju, masyarakatnya harus menerbitkan sekurang-kuranya 1,000 judul buku baru setiap tahun. Bancian statistik penduduk Malaysia kini sudah melepasi 33 juta orang maka lebih 33,000 judulnya seharusnya diterbitkan setiap tahun. Bagaimanapun ISBN (International Standard Book Number) di Perpustakaan Negara Malaysia hanya berjaya merekodkan sekitar 18,000 judul buku baru diterbitkan setiap tahun iaitu sekitar 50% dari sasaran sebenar.

Saya berharap para sarjana, professor, pensyarah di IPTA dan IPTS melipat gandakan usaha mengarang buku. Mungkin sudah tiba masanya bilangan judul buku yang dikarang oleh sesorang pensyarah itu boleh dijadikan sebagai salah satu pra-syarat kenaikkan pangkat Profesor Madya dan Profesor. Golongan ini boleh menjadi pemangkin dan contoh dalam menggalakkan karang mengarang buku dinegara ini. Begitu juga para guru di sekolah – sekolah sangat digalakkan mengarang supaya keperluan statistic UNESCO itu dapat direalisasikan.

Sehubungan itu Anugerh Buku Negara dan Anugerah Telenovela boleh memberi suntikan semangat kepada pengarang – pengarang buku sama ada fiksyen dan non-fiksyen. Semoga usaha kita mendapat kerberkatan dan rahmat Allah SWT

Sekian Wassalam