Hasan Hamzah

Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara

Hasan Hamzah

Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara
facebook-icon
+60123182551
hasanhamzah@ypbn.org.my

Perutusan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selaras dengan misi dan matlamat kita untuk memartabatkan industri penulisan dan penerbitan, Yayasan Pembangunan Buku Negara sentiasa komited dalam membantu kerajaan memupuk minat membaca dan menulis dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

Industri buku negara memerlukan satu transformasi khusus dalam mencapai hasrat mengangkat industri kreatif tanah air menerobosi pasaran global. Sudah tiba masanya penulis tempatan menghasilkan karya buku bukan setakat pasaran tempatan sahaja malah seharusnya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Buku tersebut perlu dipromosikan untuk pasaran antarabangsa. Para penulis dan penerbit tempatan mestilah menghasilkan buku untuk pasaran dunia.

Saya berharap pelbagai program yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara ini membantu untuk mencungkil bakat baru ke arah menjadi menjadi penulis tersohor. Kita lebih berminat untuk melatih pengarang dan penerbit baru untuk menambah judul buku baru. Adalah menjadi harapan kita semua agar penerbit di Malaysia dan rakan-rakan di rantau ASEAN dapat berganding bahu dalam usaha mencapai matlamat dan objektif memajukan lagi industri penerbitan dan penulisan negara masing-masing.

Bersempena sambutan tahun ke-10 Anugerah Buku Negara memperkenalkan buat julung kali kategori baru, iaitu Anugerah Telenovela untuk mengiktiraf pengarang novel yang berjaya diadaptasi menjadi telemovie atau drama bersiri yang semakin diminati ramai.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang membantu Yayasan Pembangunan Buku Negara untuk menjayakan tiga program serentak, iaitu Ekspo Buku Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara ini.