YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar

Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara

YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar

Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara

Perutusan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya sangat bersyukur kerana dapat turut serta menjayakan Anugerah Buku Negara 2017 ini membuktikan komitmen dan kesungguhan Yayasan Pembangunan Buku Negara untuk memupuk minat membaca dan menulis dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat memartabatkan industri

penerbitan dan penulisan tempatan.

Sesungguhnya, tabiat membaca dan kebolehan menulis merupakan dua perkara yang amat penting dalam proses pembangunan sosioekonomi negara. Programprogram berbentuk majlis penganugerahan seperti Anugerah Buku Sarawak ini sudah pasti dapat mendorong minat para pelajar, pendidik, penulis, pengkaji, penerbit serta golongan pakar dan profesional untuk menyumbang dan seterusnya menerbitkan karyakarya yang bermutu tinggi untuk tatapan golongan sasaran khususnya, dan seluruh kelompok masyarakat amnya. Sesungguhnya buku merupakan suatu legasi yang ampuh bagi tatapan setiap generasi, bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Buku amat penting bukan sahaja di peringkat pendidikan dan akademik tetapi juga dalam bidang kerjaya serta menjadi rujukan terhadap pelbagai perkara dan bidang yang kita ceburi.

Saya amat yakin bahawa jika sekiranya usaha-usaha memupuk minat membaca dan menulis seperti ini dapat dilakukan secara berterusan, maka masyarakat Malaysia akan mampu bertahan dan bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan pada era globalisasi kini, dan akan terus maju selari dengan arus kemajuan sains dan teknologi hari ini dan pada masa yang akan datang.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Yayasan Pembangunan Buku Negara dan berharap agar usaha ini dapat diteruskan tahun-tahun yang mendatang. Semoga segala usaha murni seumpama ini akan diberkati oleh Yang Maha Esa, Insya-Allah.

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar

ms_MYBahasa Melayu