National Book Award

Anugerah Buku Negara merupakan majlis berprestij yang dianjurkan untuk mengiktiraf dan menghargai warga kerja buku di sebalik tabir industri penerbitan Malaysia, selain sebagai usaha meningkatkan mutu penerbitan judul dan karya baharu serta menyemai budaya menulis dan membaca masyarakat.

Tahun 2023 ini pihak YPBN menerima penyertaan sebanyak 500 naskhah buku daripada lebih 50 penerbit membabitkan 43 pemenang. Anugerah Perdana: Tokoh Cendekiawan Ulung Alam Melayu Dalam Memartabatkan Buku Negara pula dianugerahkan kepada Datuk Prof Emeritus Dr Osman Bakar dengan penerbitan buku berjudul Knowledge, Tradition And Civilization – Essays In Honour Of Professor Osman Bakar.

Anugerah perdana lain melibatkan Penerbit Prolifik (Syarikat Di Bawah Agensi Kerajaan) yang diterima Institut Kefahaman Islam Malaysia, Anugerah Khas Perdana: Rakan Strategik Terbaik Dalam memartabatkan Industri Buku Negara (Majlis Profesor Negara) dan Anugerah Khas: Penggerak Industri Buku Negara (Majlis Buku Kebangsaan Malaysia). Anugerah Perdana: Penerbit Terbaik (Jabatan Kerajaan) disampaikan kepada Dewan Bahasa dan Pusataka, manakala Penerbit Prolifik (Badan Bukan Kerajaan)
diterima Angkatan Belia Islam Malaysia Press; Penerbit Prolifik (Penerbit Universiti) Pejabat Karang Mengarang daripada UPSI; Buku Mewah Terbaik (Buku 30 Techno Dreams – MTDC (Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia) dan Penerbit Prolifik (Swasta) yang diterima Telaga Biru Sdn Bhd.

en_USEnglish