PENERBITAN BUKU AGAMA DAN TAMADUN ISLAM: SOROTAN PENGALAMAN DAN PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Year
|
Buku Kanak-kanak
dan Remaja
|
Buku Dewasa
|
Jumlah
|
Buku Bidang Lain
|
2000 – 2005
|
110
|
46
|
156
|
1303
|
2006-2010
|
88
|
55
|
143
|
855
|
2011-2016
|
15
|
66
|
81
|
1108
|
JUMLAH
|
213
|
167
|
380
|
3266
|
Subbidang
|
2000-2005
|
2006-2010
|
2011-2016
|
JUMLAH
|
Al-Quran dan Hadis
|
19
|
18
|
6
|
43
|
Akidah
|
2
|
1
|
7
|
10
|
Fiqh
|
8
|
3
|
6
|
17
|
Falsafah/Pemikiran
|
6
|
15
|
27
|
48
|
Sirah
|
116
|
10
|
4
|
130
|
Perundangan
|
1
|
2
|
2
|
5
|
Bahasa Arab/ Jawi
|
3
|
20
|
15
|
38
|
Merentas Bidang
|
2
|
5
|
12
|
19
|
Kanak-kanak/ Remaja (Umum)
|
0
|
70
|
0
|
70
|
JUMLAH
|
157
|
144
|
79
|
380
|
Kerjasama DBP ─ Jawatankuasa Kumpulan Pakar Sejarah dan Falsafah Sains: Program ini merupakan antara usaha awal yang dilaksanakan oleh DBP dalam menghasilkan buku-buku yang berkaitan dengan Sejarah dan Falsafah Sains menurut perspektif Islam, selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan menurut acuan sendiri sebagaimana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Menyedari pendedahan terhadap ilmu sains yang berlandaskan acuan Barat semata-mata boleh mendatang banyak mudarat kepada kehidupan dan alam, dan menjadikan manusia buta terhadap sumbangan dan peranan para ilmuwan Islam terhadap kegemilangan tamadun dunia pada zaman silam, serta boleh menjadikan mereka sebagai umat yang rakus dan tidak beretika dalam mengeksploitasikan alam, DBP telah mengadakan kerjasama dengan para ilmuwan sains tempatan di bawah suatu jawatankuasa yang dinamai Jawatankuasa Kumpulan Pakar Sejarah dan Falsafah Sains, yang ditubuhkan pada tahun 1991. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam pelbagai bidang sains dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, yang antaranya ialah Prof. Dr. Mohd. Yusof Haji Othman (Fizik – UKM), Prof. Dr. Abd Latif Samian (Falsafah Matematik – UKM), Prof. Dr. Azizan Baharudin (Biologi – UM), Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain (Matematik – UKM), Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail (Falsafah Matematik – UPM), Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (USM), dan Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh (Fizik – UKM). Selain merangka buku dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains, Jawatankuasa ini juga mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi lain bagi mengadakan sesi wacana ilmu berdasarkan tema tertentu, yang antaranya ialah kejasama dengan Jabatan Mufti Pulau Pinang. Buku-buku yang diterbitkan melalui jawatakuasa ini beasaskan tema yang merangkumi Sejarah Sains, Falsaafah Sains, Dasar dan Etika Sains serta Sains dan Masyarakat, yang digunakan dalam kursus Sejarah dan Falsafah Sains, yang menjadi kursus wajib di beberapa universiti awam tempatan. Buku pertama yang diterbitkan melalui kerjasama dengan jawatakuasa ini ialah Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains, Teknologi dan Globalisasi yang terbit pada tahun 2003.
Kerjasama DBP ─ Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM: Kerjasama penerbitan antara DBP dengan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia dibuat melalui kerjasama strategik yang dijelmakan melaui memorandum persefahaman yang dimeterai pada bulan Januari 2014. ISDEV mempunyai kekuatan kepakaran yang berkaitan dengan pengurusan pembangunan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu, manakala DBP mempunyai kekuatan dari segi pengurusan penerbitan, termasuk kepakaran dalam bidang penulisan dan editorial. Melalui kerjasama ini DBP terlibat secara langsung dalam pembinaan penulis dalam kalangan ilmuwan ISDEV. Kini, kerjasama antara DBP-ISDEV memasuki fasa ketiga. Tumpuan pembinaan manuskrip adalah kepada judul yang berasaskan pemikiran dan penyelidikan pengurusan Islam yang dilakukan secara sistematik. Melalui kerjasama ini, lebih daripada 30 judul buku yang berkaitan dengan pemikiran Islam telah diterbitkan yang merangkumi bidang pengurusan, ekonomi, pelancongan, politik, pendidikan dan lain-lain yang berasaskan doktrin Islam.
Menyedari tiada perhatian yang khusus diberikan terhadap pembangunan industri perbukuan negara, pada tahun 2005 DBP telah mengambil inisiatif memohon kepada kerajaan agar diwujudkan suatu dana perbukuan khas yang dapat membantu individu, persatuan, dan penerbit buku bumiputera, khususnya penerbit berskala kecil dan sederhana, dalam usaha meningkatkan judul buku berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang dan kategori. Antara matlamat dana ini ialah:
Tafsir Maudhu‘iy: Buku ini merupakan tafsiran al-Qur’an yang menghimpunkan pelbagai ayat al-Qur’an di bawah satu tema, pada satu tempat. Terdapat 10 tema penting berkaitan isu semasa dalam siri ini. Tema yang dipilih dikupas secara umum, mudah dan tersusun, sesuai untuk bacaan masyarakat awam. Tafsiran ayat disokong oleh hadith-hadith sahih dan dikaitkan dengan kehidupan sosial, budaya, politik dan agama masyarakat di Malaysia. Buku ini menjadi panduan yang amat bermakna tentang al-Qur’an al-Karim yang diinterpretasikan dalam konteks sosiobudaya Malaysia. Penulisan Tafsir Maudhu‘iy ini diusahakan oleh sekumpulan ilmuwan agama tempatan yang berwibawa dalam bidang masing-masing, yang merangkumi 10 bidang, iaitu Akidah; Ibadah; Kekeluargaan; Ekonomi dan Kewangan; Akhlak; Politik dan Urus Tadbir; Hudud; Qisas dan Ta`zir; Ilmu dan Tamadun; Masyarakat dan Pembangunan Sosial; dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Tafsir ini diterbitkan pada tahun 2014.
Siri Biografi Tokoh Dakwah/ Biografi Ulama Malaysia: Projek yang dikomisikan kepada Syarikat Dar Bariyazi ini[a11] ditulis oleh para pensyarah daripada beberapa universiti tempatan. Kandungannya memuatkan biodata dan sumbangan beberapa tokoh Islam daripada pelbagai bidang seperti hadis, fiqh, pemikir, pendidik dan sebagainya. Antara judul dalam siri ini ialah Ibn Hajar al-‘Asqalani: Tokoh Ilmu Hadith, Muhammad Rashid Rida: Pemikir dan Reformis Islam, Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi: Alim dan Rabbani, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Bani: Muhaddith Abad ke-20. Siri dalam Biografi Ulama Malaysia pula termasuklah Syeikh Abu Bakar al-Ashaari, Nik Mohd Mahyuddin Haji Musa, Ustaz Abu Bakar Hamzah, Haji Omar Zuhdi, Abdullah Basmih, Dato’ Haji Muhammad Nor Ibrahim, Tuan Hussain Kedah, Mohamed Idris Al-Marbawi, dan Syeikh Tahir Jalaluddin.
Siri Kegemilangan Anbiya’ /The Glorious Prophet Series (200 judul): Penulis buku ini ialah Mohd Zaid Sani dan Ayesha Abdullah Scott. Siri ini mengandungi 200 jilid yang mengisahkan 25 orang nabi dan rasul. Siri ini diterbitkan dalam dua versi, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bil.
|
Judul
|
Jumlah Judul
|
1.
|
Siri Pendidikan untuk j-QAF
|
50
|
2.
|
Siri Kemahiran dan kebolehan Menguasai Bahasa Arab
|
40
|
3.
|
Siri Pendidikan al-Qur’an untuk Kanak-kanak
|
70
|
4.
|
Siri Kisah Kanak-kanak (Qisas al-Atfal)
|
10
|
5.
|
Siri Kisah Teladan
|
5
|
6.
|
Siri Pengukuhan Bacaan Jawi Sekolah Rendah
|
50
|
7.
|
Siri Tokoh Cendekiawan Islam
|
30
|