National Book Award

02 May 2017
10:00

National Book Award

Pengenalan

Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan dianjurkan dan yang paling banyak adalah dari industri muzik dan hiburan. Amat kurang sekali atau jarang sekali anugerah diberikan kepada warga pengerak industri perbukuan negara.

… penulis patutlah diberikan galakan seperti hadiah-hadiah penulisan. Dalam konteks ini galakan patut diberikan kepada

kumpulan (Persatuan Penulis, Persatuan Penterjemah, Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah dan Universiti) untuk menganjurkan hadiah-hadiah penulisan pelbagai rupa. Di samping itu, Majlis Buku Kebangsaan sendiri patut melengkapi hadiah-hadiah yang telah sedia ada.

Perkara 2(C), Tenaga Penulis Tempatan, Dasar Buku Negara Berpadanan dengan petikan Perkara 2(C), Tenaga Penulis Tempatan, dalam Dasar Buku Negara sudah tiba masanya satu majlis penganugerahan wajar dianjurkan bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan warga kerja di sebalik tabir industri perbukuan Malaysia.

Setidak-tidaknya motivasi serta moral mereka juga akan meningkat bagi menghasilkan penerbitan dan buku yang berkualiti setanding dengan buku import yang memenuhi pasaran dan perpustakaan tempatan.

en_USEnglish