MEMBINA JENAMA BUKU PENERBITAN ISLAM DI MALAYSIA; PENGALAMAN PENERBIT USIM
Tahun terbitan
|
Bilangan judul terbitan (buku)
|
Bilangan judul terbitan (jurnal)
|
2002
|
2
|
–
|
2003
|
7
|
1
|
2004
|
5
|
3
|
2005
|
20
|
1
|
2006
|
19
|
1
|
2007
|
22
|
1
|
2008
|
15
|
2
|
2009
|
15
|
2
|
2010
|
32
|
1
|
2011
|
52
|
3
|
2012
|
57
|
4
|
2013
|
82
|
2
|
2014
|
68
|
10
|
2015
|
62
|
5
|
Uniknya juga, penerbitan di USIM meraikan kepelbagaian bahasa yang dituturkan di Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang ada. Bukan sekadar menumpukan kepada Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab. USIM menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan utama dalam beberapa pengajaran, tanpa meminggirkan penggunaan Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu yang digunakan sepenuhnya dalam kursus-kursus wajib universiti serta dalam pentadbiran. Kelebihan tersebut digunakan untuk menerbitkan buku-buku dalam tiga bahasa yang mempunyai audiens serta tenaga pakar yang tersendiri. Oleh sebab itulah, jenama Penerbitan USIM mempunyai kekuatan dan kelebihan tiga bahasa ini dalam bidang penerbitan buku dan juga jurnal.
Contohnya kelebihan dalam menerbitkan buku berbahasa Arab digunakan untuk menerokai dan mencari rakan strategik di Timur Tengah bagi membina jenama penerbit USIM. Ada kalangan penulis USIM mempunyai tajuk-tajuk penerbitan dalam Bahasa Arab yang mendapat permintaan yang tinggi di sana. Malah sebagai strategi memperkenalkan jenama kami, penerbit ini turut melangkaui bahasa seperti Luganda, Jepun dan juga bahasa Cina.
|
Tajuk-tajuk Penerbit USIM merupakan tajuk yang kurang memberi pulangan tinggi dan segera dari aspek komersial kerana penerbitan kami atas dasar menrayatkan ilmu serta menyebarluaskan ilmu dalam bidang kajian yang telah dilaksanakan. Kajian-kajian yang dilakukan diterbitkan untuk dikongsi oleh masyarakat. Namun begitu, ia bukan alasan untuk tidak memasuki pasran global dan juga domestik. Sesetengah tajuk yang diterbitkan, memang mempunyai kadar pulangan yang memberangsangkan dan menguntungkan. Tajuk-tajuk ini dicetak ulang beberapa kali malah mendapat pulangan modal yang agak baik.
Dalam tempoh 13 tahun, pengalaman yang dikutip memberikan pengajaran dan ilmu untuk menghasilkan jenama Penerbit USIM yang tersendiri dalam penerbitan buku-buku bercirikan penerbitan Islam. Dalam tempoh tersebut, pelbagai rencah; pahit maung sudah dirasai, dan proses pembelajaran ini masih berterusan sehingga kini. Proses membina jenama bukan perkara yang senang, kerja kuat semua pasukan dalam pelbagai bentuk diperlukan dan tidak boleh sesekali menjadi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Apatah lagi Penerbit USIM menggalas tanggungjawab sebagai salah salah satu institusi penerbit Islam.