Pengharaman Buku Islam: Antara Kawalan dengan Kebebasan
Jeniri Amir
Buku diterbitkan dan diharamkan atas pelbagai sebab dan tujuan. Buku diterbitkan sebagai wadah untuk menyebarkan dan memulihara ilmu dan fikiran. Buku mengembangkan dan memperluaskan ufuk intelektual dan memberi pencerahan kepada banyak misteri kehidupan, alam, kewujudan manusia dan bidang ilmu. Buku digunakan untuk mendidik manusia demi kemajuan dan survival bangsa. Hakikatnya,kemajuan bangsa dan negara bergantung kepada kepesatan penerbitan buku. Jumlah buku yang diterbitkan menjadi petanda dan kemajuan sesuatu bangsa dan negara. Hal ini bukan sahaja meliputi jumlah buku yang diterbitkan serta bidang ilmu yang ditulis, tetapi meliputi pemasaran dan pengedaran buku yang diterbitkan, serta tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat (Md Sidin Mohd Ishak, 1998).
Langkah dan tindakan mengharamkan buku bukan baru bermula pada abad ini atau dekad ini. Langkah pengharaman sebenarnya telah diamalkan sejak ribuan tahun lalu. Dalam sejarah China, zaman ‘Spring and Autumn Period‘ dan ‘Warring States Period‘ muncul banyak ilmuwan, pakar strategi, dan cendekiawan. Zaman berkenaan disifatkan sebagai zaman kegemilangan pelbagai jenis aliran pemikiran dalam memahami isu dan masalah masyarakat sehingga zaman itu dikenali sebagai ‘Hundred Schools of Thought‘. Namun, apabila Maharaja Qin Shi Huang berjaya menakluk kesemua enam buah negeri pada tahun 221 SM, atas nasihat daripada penasihatnya, Li Si, beliau telah mengorak langkah pengharaman wacana yang bertentangan dengan falsafah pentadbirannya, iaitu legalisme. Buku-buku yang mengemukakan idea yang bertentangan dengan legalisme telah diharamkan, manakala 460 orang cendekiawan dan ilmuan ditanam hidup-hidup (Hazman Baharom, 2016).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa lebih daripada 1,550 penerbitan telah diharamkan. Pengharaman tersebut dilakukan atas alasan bahawa penerbitan berkenaan dapat memudaratkan keselamatan awam. Selain KDN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengharamkan penerbitan tertentu. Jakim yang turut mempunyai garis panduan untuk penerbitan dan pengharaman buku, biasanya mengharamkan penerbitan yang dianggapnya sebagai melanggar Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Berunsur Islam serta pegangan Ahl Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia. Buku yang diharamkan meliputi semua genre dan kategori, kreatif dan bukan kreatif, diterbitkan untuk bacaan pelbagai golongan.
Karya itu membangkitkan kemarahan penganut agama Islam kerana disifatkan sebagai menghina Nabi Muhammad SWT. Novel tersebut menggambarkan Nabi Muhammad sebagai orang yang rendah akhlaknya dan dipanggil dengan nama jahiliah, Mahound. Nama-nama isteri baginda digunakan untuk mernamakan pelacur dalam novel berkenaan. Manakala al-Quran dinista dan dinyatakan bukan wahyu Allah SWT. Novel itu mencetuskan ketegangan hubungan kaum dan agama di Pakistan, India dan England.
Mengikut seksyen ini, seorang pemohon perlu meyakinkan Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berkaitan apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya dan ia melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi manfaat awam.
Keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada tarikh 5 September 2013 oleh Hakim Datuk Zaleha Yusuf turut membatalkan pengharaman terhadap terjemahan buku Irsyad Manji Allah, Liberty and Love. Keputusan itu dibuat setelah pengharaman kepada buku terjemahan berbahasa Melayu yang telah berkuat kuasa pada bulan Mei 2012, dan ZI Publications memohon semakan kehakiman atas pengharaman tersebut. Alasan yang diberikan terhadap pembatalan merupakan buku asli yang berbahasa Inggeris telah berada di pasaran selama setahun sebelum itu, sejak 2011, dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama Islam. Beliau juga mempersoalkan keputusan pengharaman buku tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya setelah keluar versi bahasa Melayu.
Rujukan