Selamat Datang

Yayasan Pembangunan Buku Negara
28
Sep

Mesyuarat YPBN – UPM Bil. 3 : Ekspo Industri Kreatif 2016

Mesyuarat Ekspo Industri Kreatif 2016 antara Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 27 September 2016 di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan inovasi), UPM. Merupakan mesyuarat ke-3 diadakan bagi membincangkan perancangan dan persiapan Ekspo Industri Kreatif 2016 yang bakal berlangsung bersama Ekspo Buku Malaysia 2016 pada 14-18 Disember 2016 di PWTC.
Ekspo Industri Kreatif 2016, Universiti Putra Malaysia,
Ekspo Industri Kreatif 2016 bakal mengetengahkan kepentingan industri kreatif kepada masyarakat dalam pembangunan negara ke arah sebuah negara maju. UPM merupakan institusi pengajian tinggi yang berpengalaman, mendasari industri kreatif negara melalui penyelidikan sains, inovasi rekacipta dan hakcipta intelek. Platform kerjasama jangka panjang yang strategik demi memartabatkan industri kreatif negara setaraf piawaian antarabangsa.
UPM akan mengetengahkan inovasi dan penyelidikan berkaitan industri kreatif negara ke pengetahuan ramai dalam Ekspo Industri Kreatif 2016. Antara pengisian lain sepanjang ekspo berlangsung adalah sesi perasmian, forum dan pameran hasil pembangunan UPM dalam industri kreatif bersama syarikat kolaborasi PSP – Putra Science Park yang bergiat dalam industri kreatif di Malaysia.
Ekspo Industri Kreatif 2016, Universiti Putra Malaysia,
  

Mesyuarat turut membincangkan rancangan kerjasama jangka panjang antara YPBN dan UPM dalam membangunkan Akademi Buku Malaysia dengan kemudahan prasarana pembelajaran berserta eko-sistem persekitaran yang dapat dimanfaatkan untuk penyelidikan sains dan inovasi bertaraf dunia. Ia secara tidak langsung dapat melonjakkan paradigma dalam memartabatkan buku sebagai platform rujukan akademik, kajiselidik dan memperkasa lanskap industri kreatif negara agar terus berdaya maju.

Leave a Reply

ms_MYBahasa Melayu