Selamat Datang

Yayasan Pembangunan Buku Negara
13
Dec

MEMBINA JENAMA BUKU PENERBITAN ISLAM DI MALAYSIA; PENGALAMAN PENERBIT USIM

MEMBINA JENAMA BUKU PENERBITAN ISLAM DI MALAYSIA; PENGALAMAN PENERBIT USIM
                                               Oleh:  Hariza Mohd Yusof,  Penerbit USIM
Penerbit USIM Mengisi Lohong Penerbitan Islam

Pada tahun lepas, sebanyak 17,967 judul buku baharu diterbitkan dan USIM turut  menjadi antara penyumbang kepada jumlah penerbitan buku negara.  Walaupun kecil, ia merupakan sumbangan yang bermanafaat untuk meningkatkan lagi jumlah penerbitan di Malaysia.  Tahun 2015 menyaksikan  Penerbit USIM telah menerbitkan sebanyak 62 judul buku. 80% daripada jumlah pernerbitan tersebut merupakan buku-buku yang bertemakan ilmu Islam. Terbitan tahun-tahun sebelumnya juga, menunjukkan dominasi penerbitan yang bercirikan  skop serta cabang ilmu Islam.

Penerbit USIM atau USIM Press merupakan entiti penerbit yang  mempunyai kecenderungan dan struktur yang tidak jauh bezanya dengan penerbitan universiti yang lain.  Matlamat juga tidak tersimpang jauh iaitu untuk menerbitkan buku-buku ilmiah bagi keperluan masyarakat umum. Kemunculan pertama Penerbit USIM secara rasmi ialah pada tahun 2003 apabila ia ditubuhkan dengan struktur unit yang paling kecil sebagai Unit Penerbitan.Dengan usaha dan tekad berterusan selama 13 tahun, Penerbit USIM merasa bangga apabila berjaya menjadi antara penyumbang kepada penerbitan bahan ilmiah bemaklumat dengan judul tertentu untuk manfaat ummah dan masyarakat keseluruhannya. Apatah lagi banyak terbitan-terbitan kami berfokuskan kepada penerbitan Islam.

Penerbit USIM ingin mengungguli penerbitan untuk memartabatkan ilmu-ilmu Islam serta mewarnai dunia keilmuan Islam seperti zaman-zaman lampau. Tokoh-tokoh dalam dunia ilmu lampau Islam menjadi ikon dalam merealisasikan hasrat kami.  Cita-cita tinggi mengunung, bahkan melangit tetapi itulah yang kami rancang dan juga kami impikan untuk menjadi rujukan di peringkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa. Seperti apa yang dikatakan oleh  George Sarton,  “Tugas utama kemanusiaan telah dicapai oleh para Muslim”. Filosof terbaik, Al-Farabi adalah seorang Muslim. Matematikawan terbaik Abul Kamil dan Ibn Sina adalah Muslim. Ahli geography (Ilmu Bumi) dan ensiklopedia terbaik ialah Al-Masudi juga seorang Muslim dan Al-Tabari ahli sejarah terbaik juga seorang Muslim.
Pembinaan Jenama Dengan Kepelbagaian Genre
Tahun terbitan
Bilangan  judul terbitan (buku)
Bilangan  judul terbitan (jurnal)
2002
2
2003
7
1
2004
5
3
2005
20
1
2006
19
1
2007
22
1
2008
15
2
2009
15
2
2010
32
1
2011
52
3
2012
57
4
2013
82
2
2014
68
10
2015
62
5
Penerbitan buku di USIM bermula pada tahun 2002 iaitu selepan 2 tahun penubuhannya. Cara penerbitan dibentuk dan diurus selaras dengan pembentukan jenis universiti. USIM merupakan universiti yang komprehensif. Oleh itu, tajuk-tajuk yangdilahirkan bukan terfokus kepada sesuatu bidang sahaja.  Dua buku pertama berjaya diterbitkan hanya selepas dua tahun USIM beroperasi. Tanpa menoleh belakang lagi penerbitan di USIM diteruskan dengan giatnya sehinggalah sekarang.

Penerbitan di USIM bermula dengan tajuk-tajuk penerbitan dalam bidang ilmiah, termasuk bidang Islam.  Dengan beberapa penstrukturan bagi tujuan memantapkan lagi pelan penerbitanya, ia dapat membina jenama penerbitan tersendiri bagi melangkapkan evolusi penerbitan ilmiah di Malaysia dan turut memberikan input kepada dunia penerbitan di Malaysia. Dengan tajuk yang semakin meningkat, dasar penerbitan di USIM dibina bagi meraikan ilmu-ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam genre ilmiah, tetapi juga dalam genre yang lain seperti umum, kanak-kanak, penerbitan mewah, biografi, autobiografi dan sebagainya.


Penjenamaan Dalam Pelbagai Bahasa

Uniknya juga, penerbitan di USIM meraikan kepelbagaian bahasa yang dituturkan di Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang ada.  Bukan sekadar menumpukan kepada Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab.  USIM menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan utama dalam beberapa pengajaran, tanpa meminggirkan penggunaan  Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu yang digunakan sepenuhnya dalam kursus-kursus wajib universiti serta dalam pentadbiran. Kelebihan tersebut digunakan untuk menerbitkan buku-buku dalam tiga bahasa yang mempunyai audiens serta tenaga pakar yang tersendiri.   Oleh sebab itulah, jenama Penerbitan USIM mempunyai kekuatan dan kelebihan tiga bahasa ini dalam bidang penerbitan buku dan juga jurnal.


 Contohnya kelebihan dalam menerbitkan buku berbahasa Arab  digunakan untuk menerokai dan mencari rakan strategik di Timur Tengah bagi membina jenama penerbit USIM. Ada kalangan penulis USIM mempunyai tajuk-tajuk penerbitan dalam Bahasa Arab yang mendapat permintaan yang tinggi di sana. Malah sebagai strategi memperkenalkan jenama kami, penerbit ini turut melangkaui bahasa seperti Luganda, Jepun dan juga bahasa Cina.


Jenama Penerbit USIM Dalam Pelbagai Genre

Sebagai institusi pengajian tinggi atau universiti awam (UA), USIM mendukung peranan untuk menerbitkan buku-buku yang mempunyai unsur Islam merangkumi pelbagai bidang. Sehingga kini, buku-buku yang diterbitkan majoritinya merupakan genre penerbitan ilmiah meliputi pelbagai aspek.   

Antara bidang Islam yang menjadi tumpuan ialah pendidikan, bahasa, bidang Quran dan Sunnah, syariah dan undang-undang, muamalat, kewangan Islam, fiqh munakahat, siri-siri OKU, kaunseling Islam, pendidikan kanak-kanak, kepemimpinan, sains Islam, pergigian, zakat, forensik, pemulihan dadah dan banyak lagi.  Penerbitan tajuk-tajuk dalam  pelbagai bidang memenuhi pelan strategik USIM bagi menjadi rujukan di mana sahaja. Tajuk kewangan Islam dan kaunseling Islam misalnya menjadi antara hot cake penerbit USIM.  Begitu juga dengan buku berkaitan siwak dan perigigian, darah dalam sains kesihatan dan beberapa tajuk lagi merupakan antara buku-buku yang tidak memisahkan ilmu-ilmu Islam yang sudah diterajui oleh masyarakat Islam sebenarnya. 

Dalam menerbitkan buku-buku bertemakan Islam, penerbit USIM tidak meminggirkan genre-genre lain.  Dasar penerbitan USIM turut memberi ruang kepada penerbitan lain seperti siri penerbitan kanak-kanak,  tema umum dan juga tema popular. genre lain yang agak dominan banyak di USIM ialah siri penerbitan kanak-kanak. Apa yang membezakan karya kanak-kanak di USIM dengan penerbit lain ialah semua penulis yang menulis buku ini merupakan kanak-kanak sendiri.  Mereka merupakan pelajar pintar yang belajar di Kolej Permata Insan di USIM.   Hingga kini ada  lebih 70 tajuk siri penerbitan kanak-kanak yang telah berada di pasaran dan menerima sambutan yang baik kalangan pembaca. Proses penulisan mereka dibimbing dengan teliti oleh para penyelia supaya ada elemen yang menjadikan karya mereka lain daripada yang lain dan sudah tentulah ia tidak mengenepikan nilai-nilai moral dan pendidikan Islam yang tinggi.  Kisah-kisah yang ditulis sarat dengan sirah, tadabbur dan pengajaran bagi memberikan impak kepada pembaca.  Mungkin bukan yang karya terbaik dalam genre kanak-kanak berbanding dengan penerbit-penerbit yang telah mantap, tetapi sumbangan ini telah menambahkan nilai keislaman dalam penerbitan Islam.
Antara penerbitan dalam genre ini ialah:

Siri permata insan

 

PEPERANGAN EPIK GAJAH & BURUNGAKMAL USAHAWANPENGAJARAN SALAM SEMUT

 



Pembinaan Jenama Dalam Penerbitan Buku Biografi dan Autobiografi

Penerbitan Islam di USIM juga meliputi penerbitan dalam buku-buku biografi dan autobiografi yang mengetengahkan tokoh-tokoh Islam di Malaysia dan juga antarabangsa. Penerbitan siri ini amat penting bagi mengisi ruang rujukan yang amat penting bagi generasi masa depan.  Salah satu kekurangan dalam penerbitan di Malaysia ialah ramai tokoh ilmuwan Islam yang tidak dikhabarkan dan didokumentasikan untuk menjadi rujukan pada masa hadapan.  Walaupun banyak karya biografi yang mengetengahkan tokoh korporat, politik dan sebagainya tetapi tidak banyak buku tentang tokoh-tokoh ini ditulis.  Lebih khusus, penerbitan buku-buku ini dipilih kalangan tokoh ilmuwann yang banyak jasanya dan sumbangan kepada Malaysia. Mereka seperti unsung hero yang kurang didendangkan. 

Antara tokoh-tokoh yang pernah diterbitkan ialah:

Menerajui Buku-Bukuintegrasi Aqli dan Naqli;

Sebagai sebuah universiti Islam yang berteraskan aqli dan naqli, buku-buku genre tersebut menjadi tumpuan utama untuk diterbitkan.  Proses ini bermula seawal masa untuk membina mansukrip yang berkaitan dalam bidang tujahan masing-masing.  Seperti yang ditunjukkan  di atas, tahun 2016 merupakan tahun yang penting bagi USIM sebagai institusi yang mahu dirujuk di peringkat serantau dan dalam dunia penerbitan, kami berusaha untuk mencari rakan strategik dalam kolabarasi penerbitan buku.

Sehingga kini terdapat lebih 50 tajuk yang diterbitkan di bawah projek integrasi buku ini. Antaranya ialah:  

Membina jenama penerbitan dalam rakan stategik
Sebagai entiti penerbitan ilmiah, penerbit USIM perlu bekerja kuat untuk merealisasikan “keberadaan” kami dalam dunia penerbitan.  Apabila lahir pada tahun 2003, kami masih baharu dibandingkan dengan penerbit-penerbit univesiti yang sudah mantap seperti penerbit UM, UKM, UPM, USM, UUM dan yang lain. Begitu juga jika hendak dibandingkan dengan institusi lain seperti DBP, ITBM dan sebagainya, siapalah kami, pendek kata duduk tidak sama rendah, kalau hendak berdiri  pun  tidak sama tinggi. Penerbit USIM juga bukan penerbit swasta yang boleh menerbitkan bahan terbitan yang lebih bersifat komersial atau  buku-buku popular seperti novel-novel cinta. 

Tajuk-tajuk Penerbit USIM merupakan tajuk yang kurang memberi pulangan tinggi dan segera dari aspek komersial kerana penerbitan kami atas dasar menrayatkan ilmu serta menyebarluaskan ilmu dalam bidang kajian yang telah dilaksanakan.  Kajian-kajian yang dilakukan diterbitkan untuk dikongsi oleh masyarakat.  Namun begitu, ia bukan alasan untuk tidak memasuki pasran global dan juga domestik. Sesetengah tajuk yang diterbitkan, memang mempunyai kadar pulangan yang memberangsangkan dan menguntungkan.  Tajuk-tajuk ini dicetak ulang beberapa kali malah mendapat pulangan modal yang agak baik.


Oleh itu, salah satu cara ialah dengan mencari rakan stategik di peringkat kebangsaan, dan juga antarabangsa. Kerjasama stategik ini perlu bagi meningkatkan ROI, serta keberadaaan penerbit USIM agar kewujudan kami disedari dan diberi kepercayaan.  Kerjasama strategik ini dijalankan melalui kolabrasi penerbitan dalam bentuk MoA, MoU  dan juga LoI dengan mana-mana institusi supaya kerancakan kami dalam kancah penerbitan terus diberi perhatian.  Keuntungan dari segi komersial atau pulangan modal harus dijadikan sasaran yang bukan utama. Antara kerjasama strategik yang pernah diusahakan dan sedang bergiat berjalan ialah dengan  UPNM, DBP,  Perbadanan Kota Buku dan juga ITBM.

Kolabarasi dengan pelbagai institusi ini telah memberikan kelebihan untuk penerbit USIM memperkenalkan diri dengan lebih mampan lagi.  Ibarat menumpang nama dengan mereka yang sudah gah, tempiasnya turut dirasai oleh penerbit USIM dalam persada penerbitan lokal. DBP, ITBM contohnya sudah mempunyai reputasi yang amat baik dalam dunia penerbitan.  Mereka ini kami jadikan idola untuk menceduk sedikit ilmu bagi memantapkan lagi jenama kami dalam dunia penerbitan.  Ibarat sambil menyelam sambal minum air.

Di peringkat antarabangsa, rakan stategik juga dikenal pasti bagi menonjolkan kami di arena antarabangsa.  Pelan yang dirangka bagi membina jenama ini ialah kolabrasi penerbitan, penjualan hak, dan sebagainya.  Sebagai contoh, bagi meningkatkan keberadaan penerbit USIM, kolabarasi penerbitan telah diadakan dengan Brunei dan juga Jepun.  Kolaborasi ini bukan sahaja melibatkan institusi penerbitan, malah juga dengan penulis-penulis dari sana. Sebagai langkah meningkatkan ROI, buku-buku disusuli dengan majlis pelancaran buku dan mendapat liputan media di negara yang berkaitan.  Ini sudah kita buat dan kita jayakan   di Brunei dan juga di Frankfurt, Jerman.


 Malah kolaborasi dengan Takushouku University and Malaysia Japan Association di Jepun telah mendatangkan hasil apabila edisi kedua buku ini siap dicetak bukan sahaja permintaan yang menggalakkan tiba dari negara Jepun, malah sudah memasuki pasaran atas talian Amazon.    Bagi edisi kedua pula, kami menerima rakan strategik baharu iaitu penerbit Hotaka  yang memberi kepercayaan tersebut kepada kami.

Jenama ini kami kembangkan dan gandingkan di Jerman apabila kami menerima kepercayaan dari University Goithe of Frankfurt untuk menerbitkan buku. Tidak ketinggalan juga dengan beberapa kerjasama yang menjurus kepada penjualan rights kepada penerbit di luar negara.  Penerbit Rosdakarya dari Indoneisa, al-Manhal dari Jordan, dan EBSCO merupakan antara rakan starategik yang dibina bagi meneruskan misi penjenamaan Penerbit USIM.  Impaknya, sudah ada hasil apabila buku-buku melaui al-Manhal dijual di Amazon, jurmal-jurnal kami dilanggan oleh pembaca-pembaca dari Timur Tengah.   Selain daripada nama Penerbit USIM, hasil royalti turut diperoleh daripada hubungan strategik ini,
Penjenamaan dalam Pengiktirafan
Meniti tangga kejayaan dengan jumlah penerbitan yang memberangsangkan, tidak dinafikan bahawa banyak penerbitan mementingkan kualiti.  Setiap tahun, sasaran penerbitan disasarkan sama ada dari segi kuantiti dan juga kualiti.  Seiring dengan kuantiti, kualiti turut menjadi taruhan bagi memberikan imej yang mantap dalam  jenama Penerbit USIM.  Beberapa anugerah serta pengiktirafan yang diperoleh sama ada di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa adalah salah satu strategi bagi memantapkan lagi penjenamaan Penerbit USIM. Antara pengiktirafan yang pernah diterima ialah anugerah buku terbaik sains sosial, anugerah buku suntingan terbaik, angerah buku terbaik undang-undang dan beberapa anugerah lagi yang membuktikan kami boleh bersiap siaga dalam kancah penerbitan.  Penerbit USIM juga turut menerima tajaan untuk sebagai guest listener di Jordan, duta buku Business Clubdi Frankfurt Book Fair dan sebagainya antara bagaimana jenama dalam bidang penerbitan dikukuhkan dan dimantapkan.
Jenama Penerbit dalam Pengurusan Penerbitan
Pengurusan penerbitan dalam organisasi sering dipandang ringan dan ramai mengikut arus atau flow yang sedia ada.  Mengikut arus tanpa penambahbaikan hanya melahirkan struktur  organisasi yang sama tanpa ada rasa ingin maju ke hadapan dan memberikan nilai tambah kepada penerbit supaya menjadi yang terbaik kalangan terbaik dan menonjol antara yang tertonjol. Inilah yang dilakukan oleh Penerbit USIM untuk mendapatkan jenama dalam  pengurusan penerbitan sehingga mendapat tempat kalangan institusi lain sebagai tempat rujuk dan juga pakar rujuk.  Penerbit USIM tidak lokek mencambah minda dan idea apabila dijemput untuk memberikan input-input kepada institusi-institusi lain, malah menerima permohonan untuk menempatkan staf penerbitan mereka sebagai latihan sangkutan dan melihat amalan terbaik kami sama ada di peringkat kebangsaan atau serantau.
 Penutup

Dalam tempoh 13 tahun, pengalaman yang dikutip memberikan pengajaran dan ilmu untuk menghasilkan jenama Penerbit USIM  yang tersendiri dalam penerbitan buku-buku bercirikan penerbitan Islam.   Dalam tempoh tersebut, pelbagai rencah; pahit maung sudah dirasai, dan proses pembelajaran ini masih berterusan sehingga kini. Proses membina jenama bukan perkara yang senang, kerja kuat semua pasukan dalam pelbagai bentuk diperlukan dan tidak boleh sesekali menjadi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.  Apatah lagi Penerbit USIM menggalas tanggungjawab sebagai salah salah satu institusi penerbit Islam.


Lampiran;
Buku Penerbit USIM dipasarkan dalam Amazon.com: 

Leave a Reply