Welcome

National Book Development Foundation
11
Oct

Sesi Mesyuarat Panel Juri Anugerah Buku Negara 2016

Pada 5 Oktober 2016, telah diadakan perbincangan bersama Panel Juri Anugerah Buku Negara bertempat di bilik mesyuarat, ibu pejabat Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN). Anugerah Buku Negara 2016merupakan antara intipati pengisian penting Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC pada 14 hingga 18 Disember 2016.
Anugerah Buku Negara 2016
Panel juri yang menghadiri sesi perbincangan ini ialah Prof Madya Mad Arris Abu Yamin, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Tuan Haji Khalid Mazlan, Mantan Timbalan Pengarah Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Terdapat sebanyak 20 penerbit yang menyertai senarai pencalonan (kategori perdana/industri) dengan setiap penerbit mencalonkan pelbagai judul dan tajuk buku untuk dipertandingkan.

Senarai kategori Anugerah Buku Negara 2016 yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1. Buku Kanak-kanak Terbaik
2. Buku Remaja Terbaik
3. Buku Umum Terbaik (Fiksyen)
4. Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen)
5. Buku Mewah Terbaik
6. Naskah Jilid Terbaik
7. Judul Terbaik
8. Novel Terbaik
9. Novelis Terbaik
10. Novelis Prolifik
11. Novelis Harapan
12. Penerbit Buku Bahasa Cina Terbaik
13. Penerbit Buku Bahasa Tamil Terbaik
14. Ilustrator Terbaik
15. Editor Terbaik
16. Kedai Buku Terbaik
Anugerah Buku Negara 2016
Mesyuarat rasmi dan perbincangan susulan khas untuk Anugerah Buku Negara 2016 akan diadakan lagi darimasa ke semasa demi memastikan segala urusan penilaian dan pemilihan dapat mengikut prosedur piawaian yang profesional.

Leave a Reply

en_USEnglish