Welcome

National Book Development Foundation
30
Sep

Majlis Penutup Program Francais Siswa 2016

Pada 29 September 2016, YPBN telah menghadiri Majlis Penutup Program Francais Siswa 2016 bagi menyokong rakan kolaborasi Ekspo Industri Kreatif, Universiti Putra Malaysia di Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.
Program Francais Siswa 2016, YPBN, UPM,

Program Francais Siswa 2016 (PFS) dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ia dianjurkan oleh KPDNKK dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM).

Program Francais Siswa 2016,
Program Francais Siswa 2016,

Program melibatkan 10 buah Universiti Awam yang terdiri daripada 4 fasa utama:
1. Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia
2. Seminar Sehari Pendedahan Francais
3. Kursus Intensif Perniagaan Francais
4. Francais Business Challenge
PFS mula diperkenalkan pada tahun 2014 bertujuan memberi pendedahan tentang perniagaan francais disamping membuka peluang keusahawanan francais kepada mahasiswa. Johan ‘Franchise Business Challenge 2016’ menerima wang tunai berjumlah RM20,000.00 berserta piala dan sijil.

Program Francais Siswa 2016,

Pemenang-pemenang Franchise Business Challenge 2016 adalah seperti berikut:
Johan : Universiti Malaya
Naib Johan: Universiti Utara Malaysia
Tempet Ketiga: Universiti Malaysia Kelantan
Tempat Keempat: Universiti Islam Malaysia

Leave a Reply

en_USEnglish