Selamat Datang

Yayasan Pembangunan Buku Negara
18
Jan

ANUGERAH BUKU NEGARA 2017

ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
Tarikh: 2 Mei 2017
Tempat: Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

1.0        RASIONAL

1.1        Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang menujah iltizam dan aspirasi memaju industri buku negara, sentiasa meletakkan kepentingan bidang penerbitan pada tahap tinggi dalam rangka merakyatkan produk yang dihasilkan. Kepentingan ini dilihat oleh YPBN berasaskan kesedaran bahawa bidang penerbitan merupakan elemen yang mempunyai peranan signifikan dalam usaha memandaikan generasi masa hadapan – ke arah memastikan badan bukan kerajaan di Malaysia dapat turut berperanan memenuhi hasrat kerajaan menjadi negara maju.
1.2       Pada ketika ini, pengiktirafan bagi bidang penerbitan menerusi pemberian anugerah mula mendapat perhatian yang lebih baik daripada pelbagai pihak. Antara anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Akademik Negara oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Anugerah MAPIM oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Anugerah Sastera Malaysia Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia oleh Persatuan Matematik Malaysia.
1.3        Anugerah Buku Negara (ABN) merupakan salah satu laluan bagi membolehkan penggerak industri buku negara mempertandingkan terbitan mereka dalam Anugerah Akademik Negara atau mana-mana penganjuran anugerah yang lebih berprestij.

2.0       OBJEKTIF

2.1  Memberi pengiktirafan kepada penggerak industri buku atas komitmen dan usaha gigih memajukan industri buku negara.
2.2     Mengiktiraf serta menghargai warga kerja di sebalik tabir yang menjadi penggerak menjalankan aktiviti penerbitan buku dan sekaligus bagi turut sama berperanan memaju dan memperkasa arena industri buku negara.
2.3   Memberi suntikan semangat kepada pemain industri sebagai galakan dan daya saing untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti.
2.4    Menjadi platform kepada masyarakat umumnya mengenali penulis, penterjemah, penyunting, pembaca pruf, pelukis grafik, jurufoto, pengindeks sekaligus membenih dan menimbulkan minat memilih kerjaya yang tercakup dalam rantaian industri buku negara.
3.0      KAEDAH PELAKSANAAN
Berdasarkan kepada pengalaman dan kejayaan penganjuran ABN yang lalu, aspek struktur organisasi, garis panduan kriteria penilaian, proses pencalonan, belanjawan, pelaksanaan, keputusan dan penyampaian anugerah dilaksanakan seperti berikut:
3.1      Struktur Organisasi
3.1.1  Dalam merealisasikan hasrat menganjurkan ABN 2017, YPBN mengambil inisiatif  mewujudkan sebuah jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Induk ABN 2017.
3.1.2  Di bawah Jawatankuasa Induk ABN ini terdapat sebuah Urus Setia, sebuah  Jawatankuasa Majlis Penyampaian Anugerah ABN 2017 dan sebuah Jawatankuasa  Panel Penilai ABN 2017.
3.1.3    Di bawah Jawatankuasa Panel Penilai ABN 2017  terdapat empat jawatankuasa,  iaitu JK Panel Penilai Anugerah Perdana, JK Panel Penilai Anugerah Pengajian Tinggi, JK Panel Penilai Anugerah Industri Bukudan JK Panel Penilai Anugerah Telenovela.
3.1.4 Jawatankuasa Majlis Penyampaian Anugerahdibentuk untuk menguruskan majlis penganugerahan.
3.1.5 Urus Setia dibentuk untuk membantu Jawatankuasa Induk ABN 2017  dan Jawatankuasa Panel Penilai ABN 2017 .
3.1.6  Manakala pembentukan Jawatankuasa Panel Penilai ABN 2017  serta empat panel penilai berfungsi menilai, memilih dan memperakukan karya yang bakal memenangi anugerah.
3.2      Kategori ABN
Penganjuran ABN merujuk perkara 3.1 di atas, mencadangkan empat kategori induk anugerah bakal diberikan bagi tahun 2017.  Anugerah tersebut ialah Anugerah Perdana, Anugerah Pengajian Tinggi, Anugerah Industri Buku dan Anugerah Telenovela. Butiran kategori bagi setiap anugerah adalah seperti di bawah:
3.2.1         Anugerah Perdana
(i)    Tokoh Buku Negara
(ii)    Tokoh Penerbit Negara
3.2.2        Anugerah Pengajian Tinggi
(i)     Buku Sains dan Teknologi Terbaik
(ii)    Buku Sains Sosial Terbaik
(iii)   Buku Sains Politik Terbaik
(iv)   Buku Seni dan Kreativiti Terbaik
(v)    Buku Terjemahan Terbaik
(vi)   Buku Biografi Terbaik
(vii)  Buku Islamik Terbaik
(viii) Buku Perubatan Terbaik
(ix)   Buku Matematik terbaik
(x)    Buku Ilmiah Popular
3.2.3      Anugerah Industri Buku
(i)      Buku Kanak-Kanak Terbaik
(ii)     Buku Remaja Terbaik
(iii)    Buku Umum Terbaik (Mengikut bidang)
(iv)    Buku Mewah Terbaik
(v)     Naskhah Jilid Terbaik
(vi)     Judul Terlaris
(vii)     Novel Terbaik
(viii)    Novelis Terbaik
(ix)      Novelis Prolifik
(x)       Novelis Harapan
(xi)      Penerbit Buku Bahasa Cina Terbaik
(xii)      Penerbit Buku Bahasa Tamil Terbaik
(xiii)     Illustrator Terbaik
(xiv)     Editor Terbaik
(xv)      Rangkaian Kedai Buku Terbaik
3.2.4        Anugerah Telenovela
(i)       Novelis Terbaik
(ii)       Novel Terbaik
(iii)      Telenovela Terbaik
(iv)      Penerbit Novel Terbaik
(v)       Penerbit Telenovela Terbaik
(vi)      Penuis Skrip Telenovela Terbaik
(vii)     Pengarah Telenovela Terbaik
(viii)    Pelakon Lelaki Terbaik
(ix)      Pelakon Wanita Terbaik
(x)       Lagu Tema Terbaik
(xi)      5 Hadiah Khas Juri (Tokoh Telenovela, Novel Popular, Telenovela Popular,          Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular)
3.3              Syarat Umum Pencalonan ABN
(i)                 Permohonan ABN dibuka kepada warganegara Malaysia dan warganegara lain.
(ii)               Permohonan semua kategori ABN terbuka kepada semua individu yang ada kaitannya dengan industri buku di dalam dan di luar negara.
(iii)             Bagi ABN Kategori Anugerah Pengajian Tinggi, calon hendaklah dalam kalangan ahli MAPIM atau IPT Swasta atau Institusi Penyelidikan Malaysia yang sedang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripadanya di institusi itu pada tahun dinilai.
(iv)             Bagi kategori Anugerah Pengajian Tinggi dan kategori Anugerah Industri Buku, apabila terdapat pemenang yang pengarangnya lebih daripada satu, hanya pengarang pertama sahaja menerima hadiah.
(v)               Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
(vi)             Setiap pencalonan hendaklah ditandatangan oleh Pengarah Syarikat/Pengarah Penerbit/Ketua Penerbit, dan Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah atau wakilnya.
(vii)           Setiap penerbit/institusi layak mengemukakan satu pencalonan bagi setiap kategori anugerah. Karya hendaklah yang terbaik dan telah menjalani proses penilaian, saringan kualiti peringkat dalam sesebuah penerbit/institusi.
(viii)         Pencalonan hendaklah disertakan dengan sepuluh (10) naskhah buku berkenaan dan CD/VCD lengkap telenovela bagi Kategori Anugerah Telenovela. Semua naskhah ini tidak akan dikembalikan.
(ix)             Setiap buku yang dicalonkan mestilah diterbitkan dalam tahun 2016 dan 2017  sahaja.
(x)               Bagi Kategori Anugerah Telenovela, setiap telenovela mestilah ditayangkan dalam tahun 2016 sahaja.
(xi)             Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel ABN berhak untuk menarik balik anugerah.
(xii)           Ahli Jawatankuasa Panel Penilai tidak boleh menjadi calon ABN bagi semua kategori ABN pada tahun yang dinilai.
(xiii)         Keputusan Panel ABN adalah muktamad
3.4         Terbitan yang tidak layak dicalonkan dalam kategori ini adalah:
(i)      Tesis atau Disertasi
(ii)      Manual
(iii)     Modul
(iv)     Buku teks (buku teks yang digunakan di sekolah/IPT)
(v)      Buku kerja
(vi)      Carta
(vii)     Piawai
(viii)    Prosiding
(ix)    Himpunan rencana tanpa pendahuluan yang menautkan persoalan kajian atau tema dalam buku.
(x)       Garis panduan.
(xi)      Festschrift
(xii)      Siri Syarahan Umum
(xiii)     Monograf


Muat turun Borang:

  > Borang Penyertaan Bahan Bacaan Untuk Penilaian Buku Negara 2017 
 

Leave a Reply

ms_MYBahasa Melayu