Selamat Datang

Yayasan Pembangunan Buku Negara
18
Jan

BORANG PENYERTAAN BAHAN BACAAN UNTUK PENILAIAN ANUGERAH BUKU NEGARA 2017

(BAHAN TERBITAN DALAM NEGARA/TEMPATAN)

KATEGORI ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
  1. Buku Kanak-Kanak Terbaik
  2. Buku Remaja Terbaik
  3. Buku Umum Terbaik (Fiksyen) – contoh novel remaja, novel kanak-kanak, novel seram dan lain-lain.
  4. Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen) – mengikut bidang contoh bahasa, sejarah, geografi dan lain-lain.
  5. Buku Mewah Terbaik
  6. Naskhah Jilid Terbaik
  7. Judul Terlaris
  8. Novel Terbaik
  9. Penerbit Buku Bahasa Cina Terbaik
  10. Penerbit Buku Bahasa Tamil Terbaik
  11. Illustrator Terbaik
  12. Editor Terbaik
  13. Kedai Buku Terbaik 
ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
  1. Pemilihan penerima anugerah terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu penerbit, pencetak, individu (penulis, DTP artis, illustrator, jurugambar), kulit buku, bahasa [Melayu, Cina, Tamil, english dan pelbagai bahasa (antarabangsa)], asean, korporat termasuk pengiklanan, agensi kerajaan, agensi swasta, glc, kanak-kanak, remaja, dewasa dan e-buku/penerbitan atas talian.
  2. Syarat Penyertaan:
    • Jenis Karya: Hanya buku edisi pertama sahaja layak dipertandingkan.
    • Penyertaan: Semua karya adalah diterbitkan dalam bentuk buku yang lengkap (termasuk halaman hak cipta, bibliografi, indeks dan penghargaan). Penerbit boleh mencalonkan seberapa banyak judul buku bagi setiap kategori yang difikirkan sesuai. Sila gunakan borang yang dilampirkan, satu borang untuk satu judul.
    • Tahun terbitan karya: Buku mestilah diterbitkan sama ada dalam tahun 2016 sehingga Mac 2017 sahaja (yang belum dihantar untuk penilaian sebelum ini).
    • Bahan bukti: Pencalonan hendaklah disertakan dengan sepuluh (10) naskhah buku berkenaan. Naskhah-naskhah ini tidak akan dikembalikan.
    • Tarikh tutup penyertaan: Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 31 Mac 2017.
    • Maklumbalas penyertaan, sila alamatkan kepada:
URUSETIA
ANUGERAH BUKU NEGARA 2016
YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA
TINGKAT 4, MENARA SAFUAN
80 JALAN AMPANG
50450 KUALA LUMPUR.
TEL: 603-2687 9200                 
FAKS: 603-2078 6101
Email: secretariat.ypbn@gmail.com
                                                                                                                                                                  

BORANG PENCALONAN ANUGERAH BUKU NEGARA.doc

Leave a Reply

ms_MYBahasa Melayu