Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berperanan memajukan industri buku dan membina masyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book). YPBN ditubuhkan untuk memartabat dan memajukan industri buku dan e-buku di Malaysia.
Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan dianjurkan dan yang paling banyak adalah daripada industri muzik dan hiburan. Amat kurang sekali atau jarang sekali anugerah diberikan kepada warga pengerak industri pembukuan negara.