Pengurusan

Rangka Kerja Pengurusan & Pelan Tindakan Aktiviti/Program memajukan industri buku yang digembeling adalah untuk mencorak pembangunan masyarakat berpengetahuan Knowledge Economy Society selain untuk melestarikan industri penerbitan, industri penulisan, industri penyiaran dan industri pelancongan tanah air.

1. Pembentukkan pengisian Pelan Perlaksanaan Rangka Kerja Mencapai Objektif Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan sokongan Kerajaan Madani diharapkan dapat menggembeling tenaga dan sokongan padu dari seluruh kluster sektor Sawasta dan Kerajaan lebih – lebih lagi penyertaan Ahli - Ahli Industri Buku, Golongan Pendidik & Pensyarah, Ahli – Ahli Konglomerat, Ahli Korporat Profesional, Wakil NGO dan wakil – wakil pelaburan dalam negeri luar negeri untuk sama - sama mencapai matlamat kelestarian ekosistem galakkan Masayarak Berpengetahuan/Knowledge Economy Society ABIM Madani yang ditetapkan.

2. Sama – sama merangka program untuk melestarikan ekosistem galakkan Masayarakat Berpengetahuan/Knowledge Economy Society Madani ahli - ahli Industri Buku Industri Kreatif yang bertujuan membuka peluang perniagaan penerbitan, perbukuan, percetakan, rekacipta kandungan, penterjemahan dan lain - lain bidang berkait pengembangan industri kreatif warisan budaya dan pendidikan.

3. Latihan upskilling menerusi teknologi penerbitan dalam talian sebagai proses meningkatkan kemahiran pengetahuan, terbit buku elekronik golongan cendekiawan, karyawan dan pendidik serta seluruh warga Penulis di peringkat sekolah sehingga ke pensyarah universiti. Selain menganjurkan perhimpunan dan aktiviti penulisan dan penerbitanYPBN bersama rakan – rakan NGO seperti FDAM dengan kerjasama ABIM akan mengadakan acara-acara industri kreatif seperti mengadakan Anugerah Kreatif Belia Islam dengan menganjurkan bengkel - bengkel skrip berita, cerita dan dokumentari, bengkel produksi filem pendek tradisi lisan, bengkel penulisan serta penganjuran kejohanan story telling persembahan bercerita untuk media sosial dan komuniti untuk memperkasa publisiti dan fungsi Malaysia sebagai Kota Buku Dunia atau Kuala Lumpur sebagai Kota Buku UNESCO untuk masyarakat dan komuniti setempat, serantau dan antarabangsa. Hasrat Kerajaan dan ABIM News Network untuk menampilkan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat kreatif, masyarakat pecinta buku dan ilmu sebagai warga negara maju yang memimpin generasi muda memartabatkan ilmu, bahasa, seni dan budaya jadi teras perpaduan dan peradaban bersama.

YPBN memberi tumpuan kepada 5 kluster karyawan seperti berikut dibawah:

1. Kluster Karyawan Penulis Book2Screen/Lakon Layar

2. Kluster Karyawan Penulis Buku Kanak-Kanak

3. Kluster Karyawan Penulis Buku Manuskrip Warisan & Koleksi Nadir

4. Kluster Karyawan Penulis Jurnal & Majalah

5. KLuster Karyawan Penulis Pakar Bidang Ilmiah/Akademik

Justeru, program - program Yayasan Pembangunan Buku Negara yang dicadangkan ini adalah kearah membina imej cemerlang dan gemilang industri penerbitan, industrri buku dan industri kreatif Malaysia dengan kehadiran dan penglibatan lebih ramai komuniti kreatif, karyawan, usahawan fesyen-kosmetik-kesihatan, pelakon, artis, penulis, pemikir, sasterawan, budayawan, pemimpin masyarakat dan pemimpin generasi muda berbilang kaum Malaysia dan antarabangsa dalam semangat perpaduan dan muhibbah sama-sama untuk mengangkat budaya buku dan ilmu masyarakat setempat masyarakat Madani, Asia Tenggara masyarakat Asia 50 negara dan masyarakat OBOR Laluan Sutera 70 negara ke tahap lebih tinggi.