Visi & Misi

Visi & Misi

Sehingga Oktober 2019, sebanyak 3,703 program berkaitan Gerakan Membaca Kebangsaan berjaya diadakan dengan penyertaan 3,461,047 peserta membabitkan penyertaan daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan sebagainya. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan penanda aras pencapaian penerbitan negara maju 0.1 peratus daripada jumlah penduduk. Oleh itu, kerajaan kena mensasarkan penerbitan negara dapat mencapai jumlah penerbitan buku sebanyak 31,700 judul setahun berbanding 19,713 judul pada 2017.

Visi

Menjadi Pusat Pengembangan Bakat, Latihan, Rujukan & Kemahiran Industri Buku serta Industri Kreatif Setempat, Serantau dan Global. Mengajak pengunjung menyertai aktiviti yang disediakan secara berkumpulan dan individu sebagai proses membangun kecerdasan dan prestasi ke arah lebih profesional dan dinamik; Menjadikan Malaysia, Industri Penulisan, Buku & Kreatif tanah air sebagai Hab Kreatif ASEAN dengan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu/Indonesia Di Peringkat Serantau & Global. Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berperanan memajukan industri buku dan membina masyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book).

Misi

Anugerah Buku Negara 2005-2016 berjaya melepasi pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha memberi pengiktirafan kepada industri buku negara. Walaupun idea untuk mengasaskan Anugerah Buku Negara bermula sejak tahun 1990 lagi tetapi mendapat pelbagai rintangan dan tentangan dari pihak pemain industri sendiri yang lebih bersikap protektif kepada persatuan masing-masing sehingga mengasingkan semangat profesionalisme atas sebab menjaga kepentingan masing-masing.

1. Memberi motivasi kepada penggiat industri buku untuk menghasilkan penerbitan dan buku yang berkualiti setanding dengan buku import yang memenuhi pasaran dan perpustakaan tempatan.

2. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk terus memperbanyakkan penerbitan bahan cetak dan elektronik bermutu tinggi bagi kegunaan pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan peringkat tempatan dan global.

3. Menjayakan program kebajikan penulisan dan penerbitan buku secara besar-besaran ke arah melahirkan syarikat penggerak industri buku, golongan penulis 3dan orang ramai sebagai pelanggan yang aktif.

4. Menggalakkan masyarakat untuk mengetahui tahap pencapaian dan keberhasilan karyawan tempatan yang cemerlang di peringkat negara dan antarabangsa.

5. Sebagai insentif untuk para penulis, pengarang dan penerbit buku tempatan. Dengan adanya Anugerah Buku negara dapat menjadi penanda aras pencapaian penggiat industri buku.


Matlamat

1. Mengendalikan Akademi Buku Malaysia dalam usaha membangunkan modal insan di kalangan karyawan dalam bidang industri buku seperti penerbit, pengedar, penulis, editor, pelukis dan pereka bentuk.

2. Menganjurkan Anugerah Buku Negara untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penggiat industri buku.

3. Menganjurkan Ekspo Buku sebagai program pendidikan untuk membudayakan masyarakat Malaysia supaya suka membaca dan menyintai ilmu. Menganjurkan International Book Conference sebagai tempat pertemuan para penggiat industri buku.

4. Menganjurkan kempen menulis dan membaca untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutama golongan belia supaya lebih banyak menghasilkan karya-karya baru dan lebih berminat membaca buku.

5. Mempromosikan buku dan e-buku sambil membangunkan masyarakat Malaysia berpengetahuan melalui agenda budaya membaca dan perkongsian ilmu serta kepintaran menerusi acara-acara karnival dan anugerah.