Untuk mencapai sasaran Carta Buku UNESCO pihak YPBN dan rakan - rakan dalam rangka menjayakan 4 program teras berikut:
- Ekspo Buku & Multimedia Industri Kreatif
- Anugerah Buku Negara
- Anugerah Telenovela
- Persidangan/Kolokium Buku Antarabangsa Bersama Kelab Penulis
Mendekati seluruh peringkat masyarakat dengan mengajak semua pihak memanfaatkan Akademi Bakat Cendekia (ABC) serta Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU) untuk memperkasa dan melestari bakat penulisan dan penerbitan digital sambil memajukan Industri Buku & Industri Kreatif tanah air;
Memainkan peranan yang berkesan kepada khalayak sebagai organisasi pemangkin yang memajukan fikiran, sistem sosial dan kebudayaan, sesuai dengan aspirasi Kerajaan Madani;
Mendekati seluruh peringkat masyarakat dengan mengajak mereka memanfaatkan perkhidmatan yang dibawakan oleh pengusaha dan otoriti Akademi Bakat Cendekia (ABC), Industri Buku & Industri Kreatif ;
Membangunkan individu dan masyarakat di negara ini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap semangat memperkasa dan melestari kearifan warisan, penerbitan buku dan penyiaran kandungan sesuai matamat sosio budaya sosio ekonomi Wawasan Kemakmuran Bersama Keluarga Malaysia pimpinan Kerajaan hari ini.
Menjelaskan bahawa Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU), Akademi Bakat Cendekia (ABC) dan Keluarga Malaysia serta semangat perpaduan negara berkembang progresif dalam konteks pemeliharaan mutu yang baik dan sedang berperanan secara meluas di peringkat setempat, serantau dan antarabangsa.
YPBN dan rakan - rakan dalam inisiatif memberi pengiktirafan kepada para peserta, ahli – ahli industri penerbitan, industri hiburan, industri penyiaran dan industri pendidikan peringkat setempat, serantau dan dunia. Dengan program ini Malaysia akan mempamerkan koleksi karya ahli-ahli industri penerbitan, industri hiburan, industri penyiaran dan industri pendidikan dari ratus ribuan penulis dan penggiat seni merangkumi karya-karya dalam bidang Agama, Bahasa & Sastera, Sejarah, Ketatanegaraan, Sains & Teknologi, Kesenian, Warisan & Budaya, Falsafah dan sebagainya yang disaring, dinilai dan diberi pengiktirafan dan anugerah negara.
Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU) Akademi Bakat Cendekia (ABC) bersempena Anugerah Buku Negara, Anugerah Telenovela, Persidangan Buku Antarabangsa Bersama Kelab Penulis & Ekspo Buku menghimpunkan lebih 100,000 orang penggiat Industri Kreatif tempatan. Program ini akan menerima liputan dari syarikat penyiaran tempatan dan juga akan disiarkan melalui media baru seperti Youtube channel, Facebook Live dan Instagram.
Program ini sebagai katalis kepada inisiatif “ASEAN Digital Integration” menerusi program Book2Screen, Script2Screen yang dilaksanakan di bawah aktiviti Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU) serta Akademi Bakat Cendekia (ABC) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Universiti Putra Malaysia ini. Book2Screen merupakan gabungan program industri penerbitan buku dan industri penyiaran yang dibentuk untuk jadi platform Integrasi digital yang efektif kearah membolehkan setiap individu penulis dan individu kreatif serta kumpulan – kumpulan mereka mempercepat pertumbuhan domestik masing-masing.