Sejarah Yayasan Pembangunan Buku Negara ditubuhkan pada tahun 2003 dengan falsafah Membaca Sepanjang Hayat - Masyarakat Berilmu Negara Maju. Ia dirancang untuk berperanan sebagai urusetia pembangunan industri buku diperingkat tempatan dan antarabangsa. Dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara berterusan ke arah menjayakan Malaysia pusat pengeluaran buku dan bahan multimedia yang unggul. Disamping itu dengan kerjasama rakan - rakan strategik YPBN menggerakkan pelbagai program latihan secara intensif untuk melahirkan pengarang dan penerbit yang berwibawa bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti tinggi. Antara matlamat pembentukkan adalah bertujuan untuk;
- Mendedahkan ahli - ahli industri buku kepada kaedah dan teknik penulisan dan penerbitan yang berkesan dan melahirkan karyawan yang ideal dan terserlah dalam industri perbukuan negara.
- Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan profesional dalam industri penerbitan buku negara.
- Membangunkan modal insan yang cemerlang melalui industri buku yang maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.
- Meningkatkan keupayaan negara dalam produktiviti penerbitan buku sesuai dengan negara maju menjelang tahun 2020.
Penglibatan Dalam Industri Kreatif
Old Timer (Otai) YBrs. Wak Nahar & Rakan - Rakan seangkatan, Singapura 1940
Perkembangan dunia seni pementasan, seni visual dan perkembangan teknologi digital bukan sahaja menyaksikan produksi layar perak dengan idea sendiri malah mengangkat naskhah percetakan sebagai sebahagian daripada kandungan. Menterjemah manuskrip buku kepada drama, dokumentari, dokudrama, telemovie, filem dan telenovela berepisod di televisyen sudah menjadi fenomena masa kini.[1] Anugerah Telenovela adalah merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.
Sejak tahun 1940 an Malay College
Sejak Tahun 1980 an Pentarama
Sejak Tahun 2000 an ISBN
ANAK ALAM - Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Hari ini Anak Alam sudah menjadi tinggalan sejarah. Sisa lampau masih tersemat di pedalaman jiwa seniman Malaysia. Tokoh besar seperti Usman Awang sudah meninggalkan kesan yang luar biasa dalam pelbagai genre. Johan Jaaffar, Dinsman, Sutung Umar RS dan Ladin juga turut dewasa bersama Anak Alam dan kini membawa haluan masing-masing.
Banglo lama di Padang Merbok menghimpunkan seniman tempatan dengan cara hidup yang damai, santun dan berseni. Pyanhabib ketika itu adalah di antara tokoh terakhir yang tinggal di Padang Merbok. Ladin dan Abdul Aziz HM juga di antara teman seni yang sering ditemui di Rumah Anak Alam. Mereka bagai pewaris era A Latiff Mohidin, Johan Jaaffar, A Ghafar Ibrahim, Ibrahim Ghafar, Siti Zainon Ismail dan teman lain di Anak Alam.
Jiran Rumah Anak Alam adalah sebuah rumah yang tak kurang hebatnya. Banglo lama juga. Mior Hashim Manap dan rakan-rakan mereka dalam Grup Teater Kreatif menetap dan menjayakan bengkel teater untuk pelbagai pementasan di Lembah Klang. Diari kaum kapitalis Kewujudan Anak Alam dan Grup Teater Kreatif menjadikan Padang Merbok sebagai daerah seni terpenting dalam sejarah kesusasteraan negara.
PENTARAMA - Jabatan Penerangan, Kementerian Digital
Program PENTARAMA merupakan acara hiburan yang mengasah bakat - bakat pendatang baru supaya jadi Penghibur Profesional & Terlatih bermaklumat “Ceria Berinformasi”, iaitu 'Penerangan Melalui Nyanyian, Tarian dan Drama' telah diwujudkan pada tahun 1971 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu alternatif baru Jabatan Penerangan ketika itu dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berhubung dengan isu-isu semasa dan pemahaman tentang Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
PENTAS/GAPENA - Persatuan Penulis Perak dan Gabungan Penulis Nasional
Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS) merupakan satu persatuan penulis di Selangor, Malaysia. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan merupakan salah satu dari Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998. PENTAS merupakan salah sebuah pertubuhan menganggotai GAPENA (Gabungan Penulis Nasional)