Trivia

KAMPUNG BUKU UNESCO AKTIVITI GALERI CARTA BUKU, ANTIKUITI & BUKU NADIR MALAYSIA, Royale Chulan Seremban

Pameran Buku/Filologi Antik & Nadir untuk mementaskan khazanah perbukuan dan persuratan warisan negara ini koleksii dari pelbagai etnik dan suku kaum untuk dipertontonkan kepada orang ramai supaya jadi inspirasi dan aspirasi cendekia warisan bersama.

Pameran ini jadi pusat menampilkan cendikia warisan bersepadu dimana orang ramai boleh ikut serta mempamerkan koleksi warisan berbentuk buku, lukisan, peralatan masing-masing untuk jadi manfaat bersama.

Objektif

Membudayakan rujukan dan penelitian persuratan perbukuan warisan dengan membimbing dan melatih setiap individu berinteraksi antara satu sama lain dan berkongsi pengalaman, memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan sumber secara profesional. Menggalakkan setiap individu menjadi masyarakat yang berkongsi satu nilai khazanah dan warisan. Memasyarakatkan nilai-nilai warisan, kesenian dan kebudayaan serta kemahiran kepada orang ramai. Memberi latihan pengetahuan dan kemahiran memelihara warisan kepada orang ramai. Bagi memeriahkan aktiviti akan dijalankan dalam tradisi atau simbolik etnik Malaysia Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

1. Pementasan Etnologi

2. Pertandingan

3. Mencanting kain batik

4. Menulis

5. Membaca

6. Melekat tatu berasaskan inai

7. Permainan tradisional

8. Merawat dan membaiki buku

9. Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan penulisan dan persuratan.

Peserta

1. Dalam negara – antaranya Perpustakaan Negara Malaysia (PNM),

2. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pustaka Za’ba (UM), Arkib Negara, Institut Peradaban Melayu (UPSI)

3. Luar negara – Brunei, Indonesia, Thailand