YPBN

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Anugerah Akademi Filem & Telenovela Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) membentangkan permaidani merah mengalu - alukan penyertaan komuniti pengeluar drama/filem adaptasi global. KLIFAA berhasrat memperkasa ikatan mesra silang budaya antarabangsa, memupuk semangat komuniti secara global dan bersatu melalui medium filem dengan menonjolkan nilai murni masyarakat. Kuala Lumpur sebuah ibu kota pelbagai budaya dan kreativiti.

Acara monumental ini mempamerkan kemegahannya setiap tahun di tengah-tengah Kuala Lumpur sebagai rumah perpaduan. Anugerah KLITFA 2023 mengundang dunia sama - sama meraikan khazanah sinematik luar biasa komuniti drama/filem antarabangsa yang bergema dengan nilai bersama dan aspirasi artistik kemanusiaan.