Akademi Buku Malaysia
Pembentukan Akademi Buku Malaysia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 29 Februari 2008.
Akademi ini berperanan sebagai pembekal maklumat pintar kepada pengguna tempatan dan antarabangsa. Dengan penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan Malaysia pusat pengeluaran buku dan bahan multimedia yang unggul.