SERDANG, 25 Ogos 2022 — Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) menerima Anugerah Perdana Tokoh Ilmuan Negara – UNESCO daripada Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Malaysia Tan Sri Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar (kiri) pada Majlis Anugerah Buku Negara 2022 sempena Ekspo Buku Malaysia 2020 di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. Turut hadir Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman (kanan).
PARIS: Malaysia secara rasmi mengumumkan bidaan Kuala Lumpur untuk gelaran World Book City Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 2020.Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan demikian dalam ucapannya pada sesi perbahasan dasar perhimpunan agung ke-39 badan dunia itu, Mahdzir, yang juga presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia, memberitahu perhimpunan itu bahawa status berprestij World Book City (WBC) adalah penting untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
“(Menggariskan) komitmen kami, Malaysia dan bandaraya Kuala Lumpur, berhasrat untuk membida gelaran Ibu Kota Buku Dunia Unesco pada 2020,” katanya dalam ucapan itu.
Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020
- Pada sidang akhbar kemudian, Mahdzir berkata Malaysia akan mengemukakan permohonan itu tahun depan.
- Beliau berkata proses bidaan sedang diterajui oleh jawatankuasa kerja terdiri daripada wakil Kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Buku Negara dan Majlis Buku Malaysia.
Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid delivering his speech at the United Nations' Educational, Scientific and Cultural Organisation's 39th general assembly's policy debate session. Pix by Adie Suri Zulkeflit
"Kami akan cuba sedaya upaya melobi status berprestij World Book City dan kami akan mengemukakan permohonan kepada Unesco menjelang tahun depan. Dalam pada itu, kami sedang menjalankan usaha untuk meningkatkan tabiat membaca rakyat Malaysia di seluruh negara," katanya..
Gelaran WBC waktu ini dipegang oleh Sharjah, Emiriah Arab Bersatu.
- Mahdzir menambah, Malaysia, yang juga menganggotai lembaga eksekutif Unesco dan naib pengerusi Kumpulan Pemilih (IV) yang mewakili rantau Asia Pasifik, akan terus melobi untuk status WBC dalam perhimpunan agung Unesco ke-40, yang dijadualkan diadakan pada 2019.
- Status WBC dianugerahkan kepada negara terpilih untuk tempoh satu tahun, di mana pelbagai aktiviti sekitar promosi membaca, literasi, seni dan budaya dijalankan.