DARI NOVEL ONLINE KE NOVEL BERCETAK, KINI NOVEL ADAPTASI, AKAN DATANG…?

(Dato’ Wan Mohd Muzri Bin Ramli)

NOVEL ONLINE Penulisan2u pencetus fenomena novel online.

PENGHASILAN sesebuah novel yang bermutu tinggi dan mampu menarik peminat bukan perkara mudah untuk dilakukan jika tidak diiringi dengan sokongan daripada pelbagai pihak. Oleh kerana itu penghasilan karya kreatif seperti novel memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan platform efektif untuk mempromosikan hasil karya itu agar dikenali ramai. Senario itu kadangkala memadamkan usaha novelis baru untuk sama-sama berkarya mewarnai persada seni tanah air yang sememangnya memerlukan bakat-bakat baru dalam menghasilkan karya bermutu tinggi.

Bagaimanapun, kewujudan laman blog www.penulisan2u.my berjaya memberi nafas baru kepada novelis-novelis muda dalam mengembangkan bakat penulisan mereka melalui alam maya. Blog berkenaan dibangunkan pada awal tahun 2006 kerana minat mendalamnya terhadap penulisan kreatif selain ingin berkongsi bersama orang ramai hasil karya yang dihasilkan.

Menariknya blog berkenaan bukan sahaja mendapat tempat di kalangan penulis dan pembaca novel tempatan malah dari negara luar seperti Brunei, Singapura serta Indonesia. Lebih membanggakan, laman blog yang dikunjungi sekitar 30,000 hingga 60,000 pengunjung setiap hari ini pernah dilamar beberapa syarikat penerbitan untuk menjalinkan kerjasama membukukan hasil karya penulisnya.

Disebabkan sambutan menggalakkan ‘Penulisan2u’ terpaksa dinaik taraf menggunakan domain dan hosting berbayar melalui alamat www.penulisan2u.my dan juga www.penulisan2u.com.my. Penulisan2u ingin memberi ruang dan peluang kepada penulis khususnya yang baru dalam bidang kreatif untuk sama-sama berkarya serta mengumpulkan peminat novel melalui satu hab penulisan. Setakat ini, Penulisan2u mempunyai kira-kira 800 hingga 1200 penulis dan ia semakin bertambah saban hari. Penggiat seni yang ingin berkarya ataupun membaca dalam laman web itu tidak dikenakan sebarang bayaran, mereka juga tidak perlu mendaftar ataupun memasukkan kata laluan untuk membaca. Ia lebih mudah dan mesra pengguna malah, semua hasil karya dapat dibaca dengan mudah serta pantas.

Sehingga kini, sudah beratus novel dipasarkan dan ia mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan peminat novel tempatan Visi dan Misi Visi kami di penulisan2u adalah untuk menjadikan penulisan2u sebagai satu produksi karya berkualiti dalam industri penulisan novel di malaysia. Misi kami pula ingin menjadikan penulisan2u sebagai platform kepada penulis-penulis baru bergiat dalam bidang penulisan novel. Membantu meningkatkan kualiti hasil karya penulis-penulis novel serta memberikan ruang, peluang dan galakan kepada penulis-penulis baru menghasilkan karya-karya novel yang berkualiti. Ia juga sebagai saluran untuk mempromosi karya penulis-penulis. Kelebihan Novel Online Antara kelebihan-kelebihan menulis novel online adalah, penulis dapat mengumpul peminat mereka sendiri.

Contohnya kita lihat akademi fantasia, bagaimana penyanyi yang tidak mempunyai peminat tetapi dengan platform yang di wujudkan oleh pihak astro telah membantu penyanyi tersebut mengumpul peminat-peminat mereka sendiri. Begitu juga di penulisan2u, penulis yang berkarya di dalam penulisan2u dan menghasilkan karya yang bagus dapat mengumpul peminat-peminat mereka sendiri. Melalui hub novel online ini penulis juga dapat mempromosi karya penulisan mereka ke seluruh dunia. Dengan jumlah pengunjung yang mencecah 30,000 hingga 60,000 pengunjung sehari dapat membantu mempromosi dan memperkenalkan karya mereka dengan berkesan. Dengan ulasan dan komen dari pembaca novel online, penulis dapat memperbaiki penulisan dan seterusnya dapat melahirkan karya yang bermutu.

Dengan ulasan dan komen positif dari pembaca novel online akan memberi satu semangat untuk penulis terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak karya pada masa akan datang. Dengan ulasan dan komen pembaca juga, penulis dapat mengetahui kehendak dan keinginan pembaca dan pembeli. Dari pengalaman kami dalam industri novel sudah terbukti nove-novel online telah mencuri hati penggemar novel dan berjaya mendapat jualan tertinggi di kedai seperti POPULAR BOOKSTORE & MPH BOOKSTORE. NOVEL BERCETAK Dari novel online kami terus ke novel bercetak dengan mewujudkan satu syarikat yang di beri nama PENERBITAN KARYA SENI SDN BHD. Novel bercetak pertama Karyaseni dari penulis novel online penulisan2u telah di terbitkan dan terus menduduki nombor satu di carta POPULAR BOOKSTORE walaupun ia adalah novel pertama penulis dan novel pertama Karyaseni ,ia telah berjaya mencuri tumpuan dan menguasai pasaran.

Novel yang berjudul Terlanjur Mencintaimu menduduki no 1 carta terlaris di POPULAR BOOKSTORE. Tajuk yang jelas dan menarik memainkan peranan penting dalam memikat hati pembeli dan pembaca novel. Rekabentuk kulit novel yang terkini mengikuti peredaran masa akan menjadikan satu tarikan kepada pembaca. Ia merangkumi olahan dari penceritaan serta objek-objek yang ada di dalam cerita tersebut. Warna-warna terang dan menyerlah dapat menarik perhatian pembeli untuk memiliki novel tersebut. Sinopsis yang ringkas dan dialog yang menarik diselitkan pada bahagian belakang kulit novel bagi tujuan memikat hati pembaca. Dialog-dialog yang diselitkan seperti kelakar, marah dan sedih dapat menggambarkan dan mendekatkan pembaca dengan cerita tersebut.

NOVEL ADAPTASI

Novel adaptasi merupakan satu fenomena yang sangat positif dalam konteks perkembangan bidang seni tanahair. Keadaan ini sebagai satu perkembangan yang sihat berpaksikan ‘pakatan bistari’ kerana ia melibatkan beberapa pihak seperti penulis novel, penerbit novel, penulis skrip drama tv, penerbit drama tv dan stesyen tv. Pihak-pihak yang terlibat dalam perkongsian atau pakatan tadi saling membantu dan saling melengkapi. Keadaan ini diyakini boleh menjana perkembangan seni hiburan dan kesusasteraan tanahair berasas akan prinsip ‘menang-menang’ berkongsi untung. Novel adaptasi ke drama akan memberi dua pilihan kepada pembaca novel dan penonton setia tv.

Pembaca novel dapat membaca novel bercetak atau dalam bentuk visual melalui drama yang diadaptasi. Penonton setia tv pula dapat menonton drama dan juga membaca novel yang bercetak, keadaan ini dapat membantu peningkatan pembeli dan pembaca novel tanahair. Antara novel Karyaseni yang diadaptasi seperti Sebenarnya Saya Isteri Dia, Teduhan Kasih, Kampung Girl, Love You Mr. Arrogant, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan pada 16 Disember 2013, drama Projek Memikat Suami akan mula ditayangkan, drama Ariana Rose dari adaptasi novel The Wedding Breaker pula akan ditayangkan pada 30 Disember 2013. Drama Teduhan Kasih telah memecahkan rekod penonton paling tinggi pada awalnya dengan 4.1 juta penonton, seterusnya drama Love You Mr. Arrogant menjadi fenomena novel adaptasi apabila sekali lagi memecah rekod penonton paling tinggi dengan 4.6 juta penonton.

Ini membuktikan novel yang mempunyai pengikut, jalan cerita novel yang menarik dapat diketengahkan dan mampu menarik perhatian orang ramai. Drama Sebenarna Saya Isteri Dia dari novel adaptasi memenangi anugerah Fresh Tv Series Award 2013 di Shout Award, dan yang terbaru, sekali lagi drama Sebenarnya Saya Isteri Dia memenangi Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2013. Anugerah ini membuktikan karya novel dan jalan cerita novel mempunyai potensi untuk diketengahkan dan dimajukan dalam bentuk drama atau filem adaptasi. Potensi yang ada di dalam drama dan filem adaptasi membuatkan Karyaseni bergerak langkah lebih awal apabila syarikat novel pertama yang memiliki syarikat penerbitan drama dan filem sendiri. Filem pertama yang sudah mula pengambaran dan dijangka mula tayangkan di pawagam pada 2014. Filem pertama SUAMI AKU USTAZ akan diterbitkan oleh Karyaseni Production Sdn Bhd. AKAN DATANG…

Gadget dan telefon pintar adalah salah satu teknologi yang perlu diterokai dan diambil peluang oleh penerbit novel dan buku. Bagi menuju wawasan 2020, pihak penerbitan novel perlu menerokai teknologi ini bagi mempercepat dan mengembangkan industri penerbitan novel dan buku dengan lebih efektif. Namun demikian, Saya tetap yakin seseorang yang berpegang pada prinsip, kepercayaan dan agama, boleh menerima dan menghadapi risiko dan cabaran itu. kesimpulanya, bolehlah diikat sebegini: • BANYAK BUKANLAH BERERTI UNTUNG, SEDIKIT BUKAN BERERTI RUGI. • LEBIH BAIK SEDIKIT TETAPI HALAL DARIPADA BANYAK BERCAMPUR HARAM. • INILAH SEBENARNYA NATIJAH/ INTISARI KEBERANIAN. INFO RINGKAS LATAR BELAKANG KARYASENI & PENULISAN2U KARYASENI ditubuhkan pada awal 2010, Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd merupakan ‘parent company’ kepada Karyaseni Production Sdn. Bhd, Karyaseni Music Sdn. Bhd, Karyaseni Enterprise (KS), Penulisan Enterprise (P2U).

KARYASENI adalah syarikat berstatus bumiputera dan mempunyai kelebihan dan kelainan yang tersendiri yang dimiliki oleh Dato’ Wan Mohd Muzri Bin Ramli sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Karyaseni dan Penulisan2u. Keistimewaan kami adalah dengan memberi peluang kepada penulis baru yang hendak menempah nama untuk menerbitkan karya mereka. Kami berpegang kepada ‘siapa kata penulis baru tidak mampu mengatasi kejayaan penulis lama dan ternama’. Ini terbukti bila mana penulis dari laman penulisan2u mengungguli carta terlaris di pasaran sebaik sahaja karya mereka diterbitkan. Selain dari itu, Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2012, lima daripada sepuluh finalis kategori novel melayu adalah merupakan penulis laman penulisan2u. Kategori tersebut dimenangi oleh penulis baru penulisan2u selama dua tahun berturut-turut.

KARYASENI sebenarnya digabungkan melalui dua perkataan iaitu KARYA dan SENI. Nama yang sangat sesuai untuk sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel. Seni dalam alunan corak penulisan memberi satu gambaran kepada sebuah gambaran cerita. KARYASENI ditubuhkan bagi memeriahkan industri penulisan novel tanahair. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca. Karyaseni Enterprise (KS) merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010. Karyaseni dinaik taraf ke syarikat Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd pada tahun 2012. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat Karyaseni Enterprise. Sebelum kewujudan KARYASENI kami menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan juga menjalankan promosi.

Pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006, kami gunakan untuk membangunkan sebuah penerbitan yang bergelar KARYASENI. Karyaseni Production Sdn Bhd (KPSB) Ditubuhkan pada tahun 2013 bagi mengadaptasi novel-novel karyaseni dan penulisan2u ke drama dan filem. Filem sulung Karyaseni Production Sdn Bhd yang berjudul SUAMI AKU USTAZ sudah siap pengambaran dan dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun 2014. Bermula pada tahun 2014 perancangan syarikat akan menerbitkan drama sendiri di tv tempatan dengan lebih cergas. Syarikat akan memulakan pengambaran drama pertama pada Januari 2014. Sudah banyak novel-novel Karyaseni diadaptasi ke drama oleh rakan kerjasama seperti Sebenarnya Saya Isteri Dia, Teduhan Kasih, Kampung Girl, Love You Mr. Arrogant yang berjaya memecah rekod penonton paling ramai di TV3.

Manakala novel Jodoh Itu Milik Kita ditayangkan di Astro. Novel-novel adaptasi lain yang sudah siap dan di dalam pengambaran antaranya Projek Memikat suami dijangka akan ditayangkan pada 16 Disember 2013, The Wedding Breaker 31 Disember 2013, Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada 9 Disember 2013, Suamiku En Perfect 10 pada awal tahun 2014. Karyaseni Music Sdn Bhd (KMSB) ditubuhkan pada tahun 2013 bagi menyediakan lagu-lagu tema untuk drama dan filem yang diadaptasi dari novel terbitan karyaseni. Dua lagu tema filem Suami Aku Ustaz yang berjudul ‘Cintaku’ & ‘Rajaku’ akan diuruskan oleh syarikat Karyaseni Music Sdn Bhd. Dua Muzik Video yang sudah siap pengambaran dan dijangka akan dirasmikan pertengahan bulan Disember 2013 dikawal selia oleh syarikat Karyaseni Sdn Bhd.

Penulisan Enterprise (P2U) merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang baru ditubuhkan dan mula operasi pada pertengahan tahun 2012 . Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi sokongan kepada syarikat utama iaitu KARYASENI. Ianya juga bagi memberi lebih ruang dan peluang yang lebih besar kepada penulis-penulis muda dan berbakat untuk mengetengahkan bakat menulis mereka kepada umum. Penulisan Enterprise mengunakan logo Penulisan2u sebagai identiti kepada syarikat dan dengan logo Penulisan2u yang sudah dikenali sejak tahun 2006 akan membantu peminat novel mengenali novel terbitan Penulisan Enterprise. Sungguhpun masih baru, syarikat ini sudah menampakkan potensi dan kejayaan yang amat menggalakkan. Bukti kejayaan dapat dilihat di carta-carta ‘Terlaris di Pasaran’ yang disiarkan di akhbar Berita Harian setiap Jumaat, seperti lampiran di bawah.

Penulisan2u Blog ditubuhkan pada tahun 2006 melalui laman sesawang www.penulisan2u.my . Laman sesawang ini merupakan platform untuk penulis-penulis baru dan berbakat memperkenalkan karya-karya mereka dan seterusnya berpeluang untuk diterbitkan oleh Karyaseni, Penulisan Enterprise. Penulisan2u Blog merupakan perintis di dalam menyediakan satu platform penulisan novel di internet. Kini penulisan2u merupakan laman sesawang yang sangat terkenal dan telah mendapat perhatian syarikat Google bagi bekerjasama dalam menjadi web perintis kepada pengiklanan Google Malay. Penulisan2u web mempunyai ramai pengunjung yang merupakan antara aset penting dalam promosi produk karyaseni dan juga melahirkan novel yang sudah dikenali ramai.

OBJEKTIF

MISI

1. Menjadikan KARYASENI dan anak-anak syarikatnya termasuklah laman sesawang penulisan2u sebagai platform kepada penulis-penulis baru untuk bergiat di dalam bidang penulisan novel.

2. Membantu meningkatkan kualiti hasil karya penulis-penulis novel.

3. Memberikan peluang, ruang dan galakan kepada penulis-penulis baru.

4. Menghasilkan karya-karya novel yang berkualiti.

5. Membantu mempromosi karya-karya penulis.

VISI

Untuk menjadikan KARYASENI sebagai satu produksi karya berkualiti di dalam industri penulisan novel.

LOKASI IBUPEJABAT OPERASI KARYASENI & PENULISAN2U

Pejabat urusan kami beroperasi di tiga lot kedai di Bandar Tun Hussein Onn yang mempunyai kedudukan yang sangat strategik.

KARYASENI & PENULISAN2U sentiasa berusaha untuk memperbaiki tahap pencapaian penulisan dan industri novel di Malaysia. Walaupun baru setahun jagung, KARYASENI & PENULISAN2U telah berjaya mengatasi syarikat-syarikat besar yang telah lama berada di dalam industri.

Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd & Karyaseni Enterprise 15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Tel: 03-90744144 Fax: 03-90751144 Karyaseni Production Sdn Bhd & Karyaseni Music Sdn Bhd 15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Tel: 03-90744144 Fax: 03-90751144 Penulisan Enterprise ( Penulisan2u ) 15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Tel: 03-90744144 Fax: 03-90751144