Anugerah Telenovela - Karya Adaptasi Novel

Aktiviti Anugerah Telenovela Malaysia merupakan agenda untuk melengkapi ‘MASTER PLAN ON ASEAN CONNECTIVITY’ (Blue Print Aktiviti Hubungan Budaya Negara - Negara ASEAN). Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti merupakan tema muafakat ASEAN dalam memperkasakan hubungan antara negara-negara ASEAN untuk memberi manfaat kepada semua negara anggota dan rakyatnya melalui peningkatan kerjasama acara kesenian, budaya, hiburan, pendidikan, pelaburan, perniagaan. pelancongan, program digital rakyat dan pembangunan kerjasama teknikal bagi melengkapkan usaha-usaha berterusan serantau untuk merealisasikan orientasi rakyat Komuniti ASEAN untuk ditampilkan kepada masyarakat antarabangsa;

ANUGERAH TELENOVELA SEBAGAI PENGHUBUNG (IKON) SENTRIK MASYARAKAT ASEAN - COCI (Committee on Culture and Information) Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN telah ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan maklumat untuk tujuan memajukan persefahaman dan perpaduan antara rakyat ASEAN serta meluaskan muafakat serantau. Banyak aktiviti telah dilaksanakan setiap tahun untuk memupuk bakat dan menggalakkan interaksi yang lebih besar dikalangan para sarjana, penulis, artis, pelakon, pemuzik dan pengamal media. Antara lain, aktiviti-aktiviti yang popular ialah Kem Belia ASEAN, AsiaVision-TV ASEAN,  ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA), Seni Persembahan ASEAN, dan Projek Newsmaker ASEAN.

KEGIATAN SERANTAU TELENOVELA SEBAGAI PENGHUBUNG CERITA RAKYAT ASEAN UNTUK KHALAYAK LEBIH LUAS

  1. Menerusi penyiaran digital, kita boleh memanfaatkan teknologi dalam talian untuk membuat kandungan digital ASEAN untuk dicapai oleh penonton setempat, serantau dan global. Pihak Pemerintah, Kapiralis dan Penonton akan dapat menikmati komersial kandungan DIGITAL ASEAN dimana sahaja mereka berada.
  2. Aktivti serantau Anugerah Telenovela dapat menggalakkan negara-negara anggota ASEAN untuk saling bekerjasama.  Produksi telenovela berunsur sosio budaya dan  sosio ekonomi ASEAN akan berkembang selari dengan 600 juta perhatian masyarakatnya. Potensi ini akan membawa ASEAN menjadi tumpuan masyarakat dunia. Dalam merentasi cabaran sosio ekonomi Asia Pasifik negara-negara anggota ASEAN perlu memanfaatkan keupayaan kerjasama swassa dalam bidang seni dan budaya untuk mendekati dan menarik perhatian penonton di seluruh dunia. Ini dapat meneroka hubugan lebih luas yang baik antara benua selain menyebarkan cerita ASEAN dan mempromosikan mesej Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti kepada khalayak yang lebih luas.

Selain saling membangunkan rantau ASEAN sambil sama-sama mengembangkan produksi filem kehebatan tradisi dan budaya masing masing Telenovela & Book2Screem ini juga membolehkan kita untuk mengesan kecenderungan penonton, supaya kita boleh terus menghasilkan kandungan yang berkualiti dan menampilkan kehebatan ASEAN.

Waktu ini Telenovela kisah novel dari buku yang diadaptasi jadi drama TV terus menjadi cerita bersiri popular di Eropah, Asia, Barat Asia Tenggara, Amerika Latin, Asia Timur, Asia Selatan, Dunia Arab, Brazil, rangkaian televisyen Portugis dan Sepanyol. Telenovela merupakan ringkasam kata untuk televisyen atau Televisão (perkataan Sepanyol dan Portugis untuk televisyen), dan novel, perkataan Sepanyol dan Portugis untuk "novel". Terdapat genre yang sama dengan telenovela yang menggunakan format novela, berkembang dengan nama-nama yang berbeza-beza termasuk teleserye (Filipina), Téléroman (Kanada, khususnya Quebec), atau drama (Asia dari Asia Timur ke Dunia Arab). Semunya berasal dari telenovela yang dilahirkan oleh kebudayaan kesenian Amerika Latin.

ANUGERAH TELENOVELA KEARAH PASARAN KREATIF & INOVASI ASEAN - BOOK2SCREEN  UNTUK SERANTAU  & DUNIA

  • Book2Screen merupakan program digital untuk membangunkan 'PERKONGSIAN KANDUNGAN ASEAN', bertujuan untuk merapatkan jurang antara komuniti karyawan, sarjana, komposer, penulis skrip dan pemberita seluruh ASEAN. Ia dibangunkan untuk memelihara dan membangunkan sosio budaya dan sosio ekonomi serantau. Aktiviti Book 2 Screen akan mengikat  perpaduan ASEAN dalam bidang falsafah dan budaya ASEAN terhadap masyarakat antarabangsa, antara contoh-contoh program yang berlangsung ketika ini ialah bengkel peningkatan kesedaran mahasiswa ASEAN juga penerbitan filem filem adaptasi yang menjadikan lokasi dan komuniti seluruh ASEAN menjadi tontonan masyarakat antarabangsa menghayati telemovie dan drama .
  • TELENOVELA - BOOK2SCREEN - Sebagai 1 Stop Center pengiktirafan Filem Filem Adaptasi ASEAN, untuk terus menyokong produksi bakat-bakat muda dan syarikat pengeluar berprestasi, untuk menggalakkan kerjasama dan  hasil lebih banyak filem filem ASEAN  yang relevan dan menarik kepada ASEAN dan penonton antarabangsa.