OBJEKTIF
KITA adalah untuk mencemerlangkan kreativiti kedudukan sosioekonomi dan sosiopolitik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
kepada semua pihak yang terlibat.
1. Pelancongan
- Mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi pilihan lokasi penggambaran penggiat filem. Menjadi platfom menjana ekonomi dan memajukan industri buku (novel) dan filem/drama tanah air diperingkat global.
2. Kreativiti dan Keilmuan serta Kesarjanaan
- Meluaskan ruang kreativiti penulis novel daripada skop penulisan cetak kepada penulisan kreatif untuk skrin (layar).
- Untuk melonjakkan kedudukan kesarjanaan penulis dan karyawan lain yang berilmu dan kreatif sebagai tunjang kepada pembangunan kreatif Malaysia ke persada antarabangsa.
- Menggalakkan aktiviti inovasi dan kreativiti dalam penterjemahan idea dari suatu bentuk genre ke bentuk persembahan kreatif lain termasuk golongan ilmuan, penulis, pengarah, penerbit dan peserta teknikal dan profesional lain.
3. Sosioekonomi & Sosiopolitik
- Menggalakkan pemain industri kreatif menggabungkan pendekatan ekonomi dalam usaha meningkatkan kualiti kandungan dan pemasaran produk industri kreatif ke peringkat antarabangsa.
- Memajukan mutu penulisan kreatif Malaysia sebagai salah satu produk ekonomi yang membantu meningkatkan pendapatan negara.
- Untuk menggalakkan karyawan buku dan peserta industri kreatif lain dengan mengambil kira dan bertanggungjawab untuk mengetengahkan isu-isu sosial ke dalam karya masing-masing.
- KITA memacu agenda nasional, memajukan negara melalui kebudayaan di samping memupuk kembali jati diri Melayu.